Wordnotless Wenesday
Kalau tidak penuh ilmu didada, tidak aku sampai ke Terusan SuezInilah kata-kata dari film hantu kak limah balik rumah, atau kata-kata jati orang Indo sendiri. Kadang-kadang kita gelak orang yang mengeluarkan kata-kata tersebut. Pengemis bagi nasihat, cehh! Mana pernah kau nak dengar daripada orang macam pengemis. Sterotype betul, biasa bukan? Masyarakat kita, tak kira apa bangsa pun, semuanya akan lihat pada penampilan dan juga pangkat seseorang dahulu, baru lah kata-kata dia. Kalau ada pangkat Dr, baru nak dengar lecture kat kuliah, kalau setakat En. apadahal? "alahh, budak hingusan bru lepas master tu nak ajar kitorang? assignment sehari sampai 3! demit.." waklu aku cakap sama kau, 3 assignment tu dah kira sikit lah tu, itu pun kau nak bising. Kau gi university nak study ke nak main-main?
Walau macam mana pun, tak kira tua ke muda, kita semua masih lagi menimba ilmu, masih lagi cetek. Yang dah tua-tua tu pun bangga sebab dia ingat dia pandai dalam semua bidang camne plak? itu noob namanya. Masih lagi daif dan kurang pandai dalam hal-hal duniawi. Jangan lah sombong nak kongsi ilmu. Lagipun ilmu tu pun kau dapat dari orang lain kan. Orang tu pun tak sombong nak kongsi ilmu dengan kau.
Listen! Orang hanya respect kalau kau ni berpangkat tinggi. eh? ya, itulah pemikiran masyarakat sekarang. Orang yang berPhD sahaja yang dapat bersuara mengenai ilmu pendidikan, orang yang ustaz sahaja boleh menyampaikan sepotong ayat, orang yang berijazah dalam memasak saja boleh memasak, orang yang ada lesen kereta saja boleh bawak kereta, eh dulu aku takde lesen kereta pun lenjan jugak keta kancil putih tu. Eh jangan mengarut lah, jangan sangkal jugak, memang kebanyakan daripada masyarakat kini kian memandang pada darjat dan juga taraf pendidikan seseorang sebelum memikirkan apa isi kandungan yang mereka sampaikan.
Tidakkah anda terfikir tentang urban legends Singapura Dilanggar Todak? Jangan disangkal anak muda seperti Hang Nadim dapat menyelesaikan masalah negara. Namun sepandai-pandai seseorang tu, mesti ada shaiton-shaiton yang tak puas hati, dengki dengan kepandaian orang lain. Jadahnya? Eh kamon la, bersyukur lah dengan kepandaian sendiri, jangan lah iri hati dengan orang lain, kalau nak pandai, mintak la tunjuk ajar, jangan lah mengkhinzir buta menghina dan mendengki orang lain.
Lama tak pegang laptop bhai.
Assalamualaikum.
1 Comments:
lama xupdate.. betul2... masyarakat skrg ni dh mementingkan pangkat.. dpt sikit ilmu dh sombong.. apa2 pun harap kita pun x lupa diri.. ilmu xpernah habis
Post a Comment