Alternatif Utama Menanggung Yuran Menjadi Pilot - Tips Mudah Menjadi Pilot Airlines!

9:13:00 pm Malaysian Cockpit 7 Comments

Takde duit/yuran/kos/belanja nak jadi pilot? Ok sini aku nak kongsi sikit tips-tips menjadi pilot airlines yang berjaya. Mungkin ade yang disini masih baru dengan blog ni, ataupun yang dah lama kan, korang ade lagi minat nak jadi pilot? Ok aku akan hancurkan harapan korang. haha tak lah aku cuba sedaya upaya bagi korang ada harapan lagi ok? Tapi hancur lah sikit. kah! Melainkan lah family kau mampu bayar ataupun dah memang buat financial planning diorang dari awal-awal perkahwinan diorang tu. Jangan lupa baca sampai habis.


Aku tau yang nak jadi pilot ni ramai, tapi yelah bukan semua orang ade duit. Tapi kalau impian kau nak jadi pilot sebab nak kaya tu, jangan harap. Banyak lagi kerja yang boleh jana duit beriban-riban tu.

Ada banyak cara nak jadi pilot airlines atau pekerjaan lain yang berkenaan dengan pilot. Tapi yang kau impikan selama ni nak jadi pilot airlines bukan? Soaring high in the sky laa, ape semua lah ye dak? Meh aku cita faktor utama sebelum kau start decide nak jadi pilot dan aku anggap korang ni fresh graduates SPM lah ok.

Pilot memang memerlukan banyak dana untuk nak menghasilkan lesen ATPL yang korang impikan selama ni. Yes, no money no talk. Aku tak tipu memang banyak bro, kalau at least korang tak dapat duit lebih kurang RM250,000, jangan harap nak jadi pilot. Ada banyak cara nak dapatkan duit ni. Antaranya, kau kautim dengan mak bapak kau untuk tolong kau harini, tak kira lah dengan abang ke, kakak kau ke. Janji dengan syarat esok lusa kau balas balik jasa diorang. INGAT tu!  Jangan jadi Si Tanggang, lepas grad flying school pastu kerja luar negara, tinggal diorang kat malaysia ni dengan hutang yang kau buat tu. Nauzubillah.

Ok lets talk about reality here!


  • Kerja sebagai FI/AFI
Melalu kerja dengan mana-mana flying school, kau boleh dapat lesen AFI (Assistant Flying Instructor) dengan mudah. Kau tak perlu bayar satu sen pun, tapi syarat yang akan dikenakan mungkin 10 tahun contract bekerja dengan flying school tersebut. Susah untuk dapat peluang macam ni, kalau kau dapat, bersyukurlah yang kau tak perlu bayar satu sen pun. Mungkin lepas habis contract tu, nak cari airlines mana-mana pun ok sebab hours kau yang terkumpul lebih dari 2000 jam SEP (Single Engine Propeller) ataupun MEP (Multi-Engine Propeller).

  • Cadetship
Yang ni aku boleh bagi harapan, kalau korang tak tau cadetship ni ape. Dia program mana-mana airlines untuk mencari bakal pilot untuk company diorang. Korang tak payah bayar satu sen pun semasa training! Tapi, duit gaji korang akan ditolak setiap bulan untuk bayar balik jumlah training yang kau dah buat tu. Dan harga training tu memang mahal, sebab contract dengan airline kan, flying school pun nak untung bro. So, dia akan tap kot atas beberapa puluh ribu lagi, and ni pun kau akan kena bayar jugak sendiri lepas kerja. Atleast, kau dah confirm kerja! Itu yang untung bagi sapa yang dapat cadetship ni. Biasalah, sakit dulu, senang kemudian.


  • Biasiswa
Biasiswa untuk pilot ni ade ke? Susah bro, aku pun cari tak jumpa dulu-dulu. Tapi aku tahu ade satu yayasan tu boleh. Dia support full scholarship tapi takde duit poket lah. MARA dah tak bagi sponsorship full untuk pilot, tak salah aku dia froze tahun 2009 kot. Entah la aku lupa. Sekarang mungkin dah takde, aku kata mungkin ok, bukannye takde terus. Cuma MARA ade bagi pinjaman untuk type rating sahaja. Nanti aku cita pasal type rating. Biasalah, sakit dulu, senang kemudian.


  • Pinjaman
Ok bab pinjaman ni, korang kena survey sendiri dengan bank-bank mana yang boleh bagi pinjaman sehingga RM 200,000. Ini je lah maksimum yang aku dapat tau setakat ni. Dengan impian dan semangat kau nak jadi pilot, kau kena usaha bro. Kalau mak bapak kau kerja itu lagi bagus, bapak kau pinjam, mak kau jugak pinjam. Tapi ingat kau kena cari sendiri bank-bank mana yang boleh bagi interest paling rendah dan kau tunjuk kat parents kau hasil cari gali maklumat kau tu, baru nampak usaha kau terselah. Last-last diorang akan cari jugak sendiri kan. Well, something is better than nothing. Biasalah, sakit dulu, senang kemudian.

  • Kad Kredit khusus untuk piloting
Hari ini, kebanyakan pelajar latihan penerbangan menggunakan kad kredit untuk sekurang-kurangnya setengah atau semua pembiayaan latihan penerbangan diorang. Banyak kad kredit mempunyai kelebihan berbanding pinjaman tradisional, termasuk faedah kadar sifar tempoh pengenalan yang terdiri dari enam bulan hingga lebih setahun, tawaran tunai kembali pada beberapa jenis pembelian, dan program-program untuk mereka yang ada sejarah buruk atau takde kredit. Kau juga dapat sedikit fleksibiliti untuk menggunakan kredit anda apa-apa cara yang korang pilih. Kalau kau pandai elak interest yang tinggi tu ok lah. Kalau ade sejarah tak pandai nak uruskan kad kredit, JANGAN BERANI NAK DEKAT DENGAN KAD KREDIT!


  • Pengkautiman
Ni alternatif baru, pengkautiman ni berasal daripada perkataan kautim. Ye kau kautim dengan saudara-mara engkau, sepupu-sepapat, sekampung, dan sekawan. Cara ni dikategorikan sebagai susah dapat, tapi berbaloi. Terutamanya kepada mak bapak, korang kena berbuat baik, eratkan silaturrahim dengan saudara mara korang, lepas tu slow talk untuk pinjam RM 5000, sekurang-kurangnya. Kau nak jadi pilot, kau pun kena buat baik je, harap mak bapak buat kerja susah. Walaupun di usia muda, kau kena bersosial dengan sedara-mara kau. Bayangkan, seorang saudara yang kau pinjam dah dapat 5k, kalau dua puluh orang saudara kau dah dapat RM 100,000. Ataupun saudara kau ikhlas untuk beri pinjaman sebanyak 10k seorang. Jangan lupa untuk buat perjanjian bila kau akan bayar balik duit yang kau pinjam. Banyak kan beban kau nak jadi pilot? Fikir-fikirkanlah. Di mana ada kemahuan disitu ada jalan.


  • Cagar (Mortgage)
This is the last resort when you want to be a pilot. Paling tak pun, walaupun kau tak mampu, tapi ade aset, cagar lah rumah, this helps you a lot. Bagi parents yang nak merealisasikan impian anak dia, boleh la fikir-fikir pasal cagar rumah. Sebab 17% pilot kat luar sana tu, mak bapak diorang cagar rumah sendiri. Jangan tanya aku dapat percentage ni dari mana haha. Biasalah, sakit dulu, senang kemudian.





Sekarang ni kebanyakan airlines memerlukan degree ataupun ijazah. Jadi kalau bukan kesempatan korang untuk teruskan piloting lepas SPM, boleh la kumpul duit dari sekarang dan teruskan belajar dan dapatkan ijazah! Kau masih muda lagi, sabar itu penting, kalau bukan sekarang, mungkin 10 tahun lagi. Siapa tahu?

Sebenarnya ada banyak lagi cara untuk dapatkan dana ni, tapi akan mengambil masa yang agak lama mungkin 3-5 tahun. Nanti aku cita lain. Persoalannya, sanggup ke tak sanggup tunggu beberapa tahun? Bila dah tetapkan azam, tawakal lah kepada Tuhan.




7 Comments:

Unknown said...

As'salam . Tahun depan saya akan ambil SPM doakan saya berjaya yer . Inn syaa Allah kalau berjaya saya nak capai impian sebagai juruterbang

Unknown said...

Nk amik lesen pilot boleh masuk University ke ?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Kalau fizik ngan addmath tak ada ! Bole ke jadi juruterbang?

rHaRha RawR said...

Assalamualaikum . Saya nak minta email boleh tak ? Sebab ada bnyak benda nak tanya encik pasal pilot ni . Mohon dapat bantuan dari encik untuk berkongsi ilmu . Terima kasih :)

hit me up at facebook guys, my id: wan x wan.

Unknown said...

Assalamualaikum bro.. penulisan yg baik dan amat membantu.. seperti yg saudara nyatakan di atas..ada satu yayasan yg bgi full sholarship..ha boleh saudara bagitahu yayasan apa tu and terangkan?