Penglihatan Minimum untuk Pilot

12:57:00 am Malaysian Cockpit 51 Comments


Saya pakai cermin matalah, saya pakai contact lens lah, saye rabun dekat lah, mata saya susah nak fokus, power mata 4,00+ , silau 1,50....blablabla...  boleh ke saye nak jadi pilot lagi ? 

Jom tengok info dibawah ni.
Saya anggap anda pergi untuk dapatkan sijil Kelas Pertama Perubatan ( 1st Class Medical Checkup ) kerana ini adalah standard untuk semua juruterbang syarikat penerbangan.


1st Class Medical Checkup

Rabun Jauh

Ia mestilah sekurang-kurangnya 6/9 dalam setiap mata secara berasingan dan 6/6 menggunakan kedua-dua belah mata bersama-sama dengan atau tanpa cermin mata atau kanta sentuh (dengan correction). Kalau nak buat correction, 'refractive error' tidak mesti melebihi 5,00 dioptres yang penglihatan jauh atau -6,00 dioptres penglihatan dekat.
Klik gambar untuk besarkan.

Astigmatisme tidak boleh melebihi 2,00 dioptres. Perbezaan dalam melakukan corection antara setiap mata tidak mestilah lebih 2,00 dioptres.

Contoh: Jika anda mempunyai astigmatisme ( silau ) dengan maksima 2,5 & -3,0 dioptres,  anda berada di luar had + / - 2,0 dioptres. Ya balik rumah tanam jagung.

Apa tu dioptres ? Untuk orang biasa, 1,00 dioptre adalah sama seperti 100 darjah. Jadi dioptre 0,25 atau + 25 darjah dah bagus sebab dalam lingkungan had 'refractive error' antara 500 darjah dan darjah -600. ...  Bagus! 0,25 tidak akan menghalang anda daripada menjadi seorang juruterbang syarikat penerbangan!
Dioptres tu unit untuk nak measure refraktif power. Macam berat unit dia mg,g,kg,tonne. Senang cerita, nak bagi juruoptik dengan tauke kedai spec tu paham sama sendiri, ataupun dikenali sebagai SI units.

Rabun Dekat

Pada standard carta rabun dekat, anda mesti berupaya untuk membaca N5 print antara 30 dan 50 cm dan cetak N14 pada 100 cm, dengan atau tanpa correction.


Contact Lens
Ramai suka pakai contact lens ni, sebab ada warna kan ? Pastu boleh mengorat awek. puih !
Anda boleh memakai contact lens sebagai juruterbang profesional (tapi tak boleh untuk yang correct to near vision). Jika anda memakai contact lens, anda perlu membawa laporan dari dokter untuk peperiksaan Kelas 1 yang awal-awal sekali, termasuk yang berikut:

• Spesifikasi contact lens anda dan ketajaman penglihatan yang diperbetulkan;
• Pengesahan bahawa anda selalu pakai contact lens ni dan pakai lebih dari lapan jam sehari sepanjang tempoh sekurang-kurangnya satu bulan.
Kalau pakai bawak surat dokter je. Takde hal lah..


Pembedahan Refraktif

Saya tak syorkan, malah CAA pun tak syorkan, ini diantara pakar mata anda, kalau pakar tu tak pakar sangat, baik takpayah, Renungkan. Lagipun,  had 'eye correction' dengan cermin mata dan had pembiasan sebelum pembedahan adalah sama, jadi nak dapatkan sijil perubatan dengan pembedahan refraktif dan sijil perubatan dengan pakai cermin mata lebih kurang sama je.

Walau bagaimanapun, jika anda telah menjalani pembedahan refraktif, sijil Kelas 1 akan dipertimbangkan tiga bulan selepas prosedur LASIK ( Laser-Assisted In Situ Keratomileusis ), ( Penilaian termasuk pembiasan telah dijalankan pada dua bulan selepas). Pensijilan boleh dipertimbangkan enam bulan selepas LASEK / PRK untuk miopia adalah biasanya mungkin satu tahun selepas jenis operasi yang lain. Sila ambil perhatian bahawa:

Pensijilan

• Pembiasan selepas pembedahan tidak sepatutnya lebih daripada + 5.00 hingga -6 dioptres.
• Dinilai oleh pakar mata akan diperlukan; sebab nak stabilkan pembiasan.

Untuk laser correction, satu nasihat dari AME (Aeromedical Examiner) adalah "tidak melakukannya". "Jika sesuatu yang tidak ingin berlaku ( ada la beberapa kes terjadi ), selamat tinggal pilot wannabe !



Tak boleh baca tanam anggur plak taw.. awrr!
Rabun Warna

Anda akan diuji untuk penglihatan warna normal dengan Ishihara Test Plate ( atas ni haa ). Jika anda gagal, anda akan perlu lulus untuk approved lantern test (siri lampu berwarna) untuk mendapatkan Kelas JAR 1 sijil.

Sebab Pentingnya

Ishihara tu mungkin agak susah bagi yang rabun tu, Lantern test ni untuk test nampak waktu malam, sebab setiap runway ade lampu dia. Biasanya untuk approach ataupun last minute connection dengan tower, tower akan beam kan high intensity red light untuk captain tu climb balik. Kalau merah nampak hijau, selamat malam.

Approach light :
  • red - 3 whites Too high  
  • reds - 1 white Too low
  • reds - 0 whites Very low(undershoot)
  • 4 whites - 0 reds Very high(overshoot)
  • 2 reds - 2 white ( Nice landing ) 

Gambar dari pilot Kurt Gorm Larsen dan aku edit sikit.

Bagi sijil Kelas 1, lantern test biasanya guna lantern test buatan Beyne dan Holmes-Wright. Lulus salah satu ni jadi lah. Jika gagal lantern test ni, CAA boleh mengeluarkan suatu perakuan Kelas 1 perubatan yang hanya diiktiraf di UK, yang membolehkan anda terbang pada siang hari dan dalam ruang udara UK sahaja.
Kalau Malaysia takpasti lagi boleh ke terbang kalau tak lepas lantern test, biasanya kalau rabun warna jugak, tanam betik pulak yerr...
Biasanya, kadar kemalangan dengan poor eyesight ni tak pernah ada sebagai sebab utama berlakunya kemalangan. Jadi jangan risau, eyesight bukan jadi penghalang untuk anda menjadi seorang pilot yang hebat !
Assalamualaikum.




51 Comments:

Unknown said...

menarik =D

Unknown said...

macam susah je nk jadi pilot..

@nur azimah Actually tak susah pun, just jangan rabun warna je.

Unknown said...

peluang bagi girl jadi pilot cm ne ? cerah tak ?

eva said...

gamba tu mmg xnampak sgt lah.. adakah sy rabun? atau awak pilih yg betul2 susah ni.. haha.. sbb slalu nya sy dpt teka.. ;D

hmm penting jugak mata pilot ni.. kalau mcm tu suma pilot punya mata yg tajam haha..

budak wawa said...

nnti nk jadi pilot :)

Najwan Arief said...

I'm wearing Spectacles dengan power sebanyak 170 untuk kedua dua belah mata, ada chance tak untuk saya menjadi pilot?

@Najwan Arief 170 w/o spectacles kan? so definitely you can be pilot sebab dah boleh correct to normal, but not for military pilot or any aerobatic type of plane. Red Bull air races tu jangan harap nak masuk la. haha

Najwan Arief said...

untuk commercial flight still bolehkan ?

@Najwan Arief boleh...

Unknown said...

Rase2nye gambar untuk color blind(tak boleh baca balik tanam anggur) yang bro ltak tu sebenarnya Reverse Color Blind. cntohnya, http://www.moillusions.com/2012/01/reverse-color-blindness-test.html .So, untuk orang yg color blind lah senang nak baca(patutlah xdapat nak baca, hehehe).

Thx 4 great info. Do correct me if i'm wrong.

When you get too serious in your life, you'll never get out of it alive. Its just a sense of humour, nevertheless that's true bro! thanx for enlighten us all up!

Unknown said...

saya rabunn jauh buleh ke nak jadi seorang pilot :(

Unknown said...

hai,,, saya nak tanya ni.. kalau keputusan spm tak mencapai target.. ctny ;bi ngan maths tak credit.. boleh tak msuk pilot....
harap bls...

Eyna.. boleh sebenarnya, bincang dengan pegawai kemasukan cadet je. as long as you have the money of course dia akan bagi masuk. :))

arbaprince said...

power aku sebelah 300 lagi satu 150....
rasa-rasanya boleh x jadi pilot....
hrp bls

genius said...
This comment has been removed by the author.
genius said...

2014 nanti dia buka tak pengambilan pilot oleh air asia atau MAS ?

Yep bukak by april. Mungkin intake untuk license MPL. One of my airasia cadet told me.

Unknown said...

bajet duit untuk jdi pilot bpe?
bdsrkan pnglaman ko...

Anonymous said...

kalau power 300 lbh ke ats blh jd pilot x?

Asyrul Anuar : Bajet 250k.
Iman Norizan: boleh2, mintak nasihat dari Eye specialist tuk dapatkan surat. kalau nak selamat, buat la LASIK. hehe


Unknown said...

Klaw power 500 ke atas boley jdi tak??harap jasa baik tolong blas yer :))

Asyraf said...

Kalau ada darah tinggi mcm mana

Kalau ada, hilangkan. 😁

Unknown said...

Salam,saudara,klau power 200 for both eyes(contact lens) still bleh jdi pilot?sy brmint sngt utk mnjdi pilot since kecik lg,skrang msih lg SPM.hrap saudara bleh jawab,amt dihargai,luv your blog,truly

Boleh takde hal. Tapi kena bawak spare spectacles incase kalau lens terpaksa cabut sbb mata kering. Goodluck!

Unknown said...

Thanxs a lot saudara.insyaallah,n one more last question saudara,brape ek byaran utk kemasukan for diploma Uthm?curious sngt

Dalam
1.5k mcm tu rasanya. Total dalam 15k lebih kurang. Nnti dpt surat tawaran dptla harga dia.

Unknown said...

Thanks again bro,pliz continue your blog k.

Unknown said...

salam saudara...berapa had umo untuk menjadi kadet pilot...klw 28 thun leh tak..???

fique said...

Salam sedare..sy bakal pemegang ijazah elektrik..bley tak nak jadi pilot hbis bljr nanti..adkah ijazah sy akn diambil kire..?

Boleh jadi xde masalah.

Unknown said...

Kalau ujian x-ray cam mane pulak..saya patah dkat rahang dh buat pmbedahan n masuk besi kekal ,ade harapan jadi pilot tak/ boleh lepas medical check up tak??

Unknown said...

it's weird if a woman want to be a pilot and she wear hijab?ada tak org mcm ni?

Airasia pilot ade je. Its not weird anymore nowadays. :)

Unknown said...

blog yg menarik...terima kasih...

Honey said...
This comment has been removed by the author.
miraie_des said...

Kalau saya silau both eyes 100 boleh jd pilot ke n kalau lah dpt straight a's bolehkah biasiswa dpt menampung kos pembelajaran saya utk jd pilot..

Anonymous said...

Helo" saye ni rabun jauh. Kalau bawa kereta/motosikal siang hari boleh je kalau hari tak hujan. Kalau malam boleh dikatakan susah.. Jadi, saye nak tanye kalau power spec mata tu bawah 400 boleh jadi Pilot tak?? Saye teringin membawa kenderaan sebesar itu dan ingin membelah awan.

Abbas said...

Hai, kalau silau melebihi 300 boleh ke? Sekiranya kita sudah dapat CPL from flying school tapi semasa interview airline tak dapat, nak pergi mana ya? Untuk mendapatkan ATPL license, kena fly 1,500 hour dulu or habis CPL/IR terus continue ATPL? Malaysia airlines buka ke pengambilan juruterbang or dah close disebabkan kejatuhan syarikat? Kalah tidak pass exam at flying school tetap dapat license ke? Harap2 tolong balas pleasss....thank you

Abbas said...

Hai,selepas mendapatkan nasihat from eye specialist, Nak dapat surat untuk apa ye? Harap2 balas ye pleasss....tq

Abbas said...

Hai, tahap umur untuk get pilot license 18 years, kalau umur untuk jadi pilot selepas get pilot license berapa ye? Harap2 balas ye..tq

Abbas said...

Hai, flying school baru international aero training academy(iatac) www.iatac.edu.my diiktiraf oleh DCA ke? Because CPL/IR WITH FROZEN ATPL course is easy to join. No matter medical exam class 1 or class 11. Apa beza CPL/IR WITH ATPL FROZEN and ATPL? Harap2 balas ye.tq

Abbas, you can contact me at my fb or twitter.

Abbas said...

Alright

Abbas said...

Kalau STPM pass pengajian am,bahasa malaysia,sains sukan and fizik dapat ke join UTHM? Why must apply at UPU and not apply to UTHM? Untuk pilot ada spectacles khas untuk fly kan bagi yang rabun ?

Anonymous said...

Saya baru 15 tahun,tapi dah ada masalah rabun. Agak agak ada masa tak nak pulihkan penglihatan?Saya dari kecil lagi dah biasa pergi Airport tapi tak pernah naik kapal terbang.So saya nak buat persiapan awal ,lagipun sekarang saya nak PT3. Tapi dok sibuk nak feeling dapat masuk Malaysian Flying Academy.

Aidaa AMIN said...

Bismillah.Okey mcm ni saya mmng nk jadi pilot dari kecik and my parents pun dah bagi green light but unfortunately saya rabun umur saya skarang 17.Dapat tau pulak time2 mcm ni.Lepas Spm ingat boleh laa apa benda nk apply ka apa ka.Kanan 60 kiri 140 so dua2 skali 200 laa.Dah punah dah ka harapan nk jadi pilot nii??.huhuuhuu.Bagi semangat sikit bro.

Boleh takdehal sis aida..

Abbas said...

Hi, kalau mata rabun sangat2 bad kena suruh doctor buat surat yang kita patut or tidak patut untuk join flying school. At malaysia where flying school for age 18 and above ? Tq