Stereotype kah kita?

2:45:00 am Malaysian Cockpit 0 Comments

Sekadar hiasan

Lama tak post entry pasal benda lain, tak habis-habis dengan aviation world je ye dak. bosangg! Kalau kau minat barbie doll takkan kau nak minat transformers, kalau kau minat kereta takkan kau nak minat basikal, kalau kau minat perempuan, takkan kau nak minat lelaki, kalau kau minat PES 13', takkan kau nak minat FIFA 13', kalau kau minat hitam, takkan nak minat pinky muah muah tu, kalau kau minat tido, takkan kau minat nak bangun. eh?

Semua orang ada minat yang tersendiri, ada yang suka melepak, suka main game, suka gossip, suka post status gedik, suka tweetjack, suka flirt, suka tido pun ada. Aku pernah ada kawan yang suka melukis, aku rasa dia tak kenal aku dah, yelah zaman dah berlalu kan. Tapi bakat dia memang power beb, dari kecik lagi dah pandai lukis anjing kucing dengan matahari. Anda pernah? kahkahkah! Tapi minat dia kearah lukis muka orang. Portrait eh nama dia? Entahla aku bukan pelukis pun, bagi aku powerlah, Fatihah Chen.

Bukan aku nak cerita pasal awek ni, tapi setiap orang ada minat dia tersendiri, ada yang dah dicungkil, ada yang masih lagi tersimpan di lubuk hati nurani tu. Tapi, kadang-kadang kita kolot, kolot dengan minda kuning sendiri. Masih lagi berselindung disebalik tempurung kepala yang durjana itu. Bersyukurlah akan keunikan setiap manusia itu sendiri, lupakah kita bahawa tiada manusia yang diciptakan itu sama. Ya, mungkin terlupalah kita sampai sanggup mengutuk minat seseorang, sanggup memaksa seseorang untuk meminati apa yang kita minat, sanggup meninggalkan rakan lama demi berkawan dengan rakan yang sama minat, dengki yang amat terhadap orang lain, ahhhh shaiton!

Lama kelamaan, fenomena ini boleh menjadi kebiasaan dalam sesuatu masyarakat, mengutuk, mencaci, mencerca dan memandang serong sudah menjadi perkara biasa, macam makan keropok lekor dengan sos cili, biasa bukan? Daripada mulut, naik ke akal fikiran, minda, emosi, perilaku dan juga segala apa yang boleh dilakukan oleh seseorang. Jikalau seorang pelajar itu melakukan kesalahan jenayah di sekolah, adakah seluruh pelajar disekolah itu adalah jenayah?

We all use stereotypes, all the time, without knowing it. We have met the enemy of equality, and the enemy is us. - Paul,1998

Secara tidak langsung, anda sudah dipengaruhi oleh keadaan semasa, anda sudah di'stereotype'kan oleh perkara sebegini. Sama seperti seseorang yang datang lambat ke kelas, mereka akan dilabelkan sebagai pemalas, tak pandai urus diri, dan juga tak pandai jaga masa, walaupun hanya sekali lambat ke kelas. wtfbbq?! Kadang-kadang ada diantara kita yang cuba berdakwah, itupun ditolak, ditempis, disiku 16, tambah di'stereotype'kan pula sebagai ulama' Facebook. Persoalannya, siapakah kita yang nak menghakimkan diri orang lain?

Cuba kosongkan minda sebelum kau membuat keputusan, kan lebih elok macam tu.

Assalamualaikum.




0 Comments: