Tempat Wajib Lepak di Penang

10:57:00 pm Malaysian Cockpit 1 Comments

Cuti pun sudah habis, Okay, ni ade lah sedikit sebanyak aku punye rating tempat lepak yang tip top dekat Penang ni. Bukan setakat lepak je, nak cari jodoh? Silakan.



1. Gurney Drive
Aku pun pelik kenapa lah tempat ni orang panggil Padang Kota Baru, padahal padang ape pun takde. Yang ada, cuma jalan tepi laut, pedestrian walk, dan juga roundabout yang penuh dengan minyak. Bagi kaki-kaki layan corner, sorry lah, maut je menanti kalau korang layan dekat situ. Apa yang bestnye dekat sini, boleh lepak makan char koey teow kaw dari apek-apek hawker pastu lepak tepi laut dengar bunyi ombak tersipu-sipu melompat. Kat sini jugak, ade Gurney Plaza mall yang banyak anjurkan event-event yang berkaitan dgn youth, contohnya pertandingan menari, melompat dan merangkak. Kekadang time malam kat sini, ade lah sekor dua nyah jalan-jalan nak tolong bayarkan bil air korang. Tak mahal pun, 10 ringgit je. Paling mahal pun 25 ringgit, tu memang top class. Sebijik engko akan ingat dia perempuan. Sini gak ade kedai mamak nama ape entah yang warna biru, area drive tu jugak, tolong jangan order maggi goreng ke mee goreng ke. TAK SEDAP !


Area ni pun sesak jugak, lagi-lagi masa perayaan macam merdeka baru-baru ni. Tak sesak mesti kes gaduh. Yelah area hangat macam nie kadang banyak orang gaduh, yang masuk paper semua tu sini lah. Nak gaduh pun biarlah bertempat, tapi bukan india, melayu, cina je, bangla pun nak turun padang nak cari populariti dalam paper HarianMetroll. Gaduh sesama bangla pun sebab salah sorang daripada bangla curi makwe vietnam.

Rating tamadun : 4 bintang setengah

2. Esplanade@Padang Kota Lama
Secara hipokrit-nya, aku letakkan tempat ini sebagai nombor dua tempat lepak di Penang yang korang kena pergi. Sebabnya mudah, di sini ada macam-macam aktiviti yang menyeronokkan. Untuk kaki pancing, kat sinilah port paling best nak memancing ikan dan kalau nak pancing, datang lah pada waktu malam, kalau petang, kau akan dapat spendar, takpun air laut ikat tepi. Disaat menunggu joran ditarik, kau boleh jugak memancing makwe-makwe Penang yang 'comel' lagi 'penyayang'. Kau dah boleh menerapkan sifat multitasking disitu. bagus. 

Penjaja atau nama sinonim kamus aku adalah pencacai, sering bersepah di tepi-tepi jalan disini, walaupun tanda dilarang menjaja denda RM1000 sudah terpampang besar diatas kepala lutut mereka sendiri. Macam mana pun, kalau kau nak pekena pasemboq malam-malam ada di sini. Kalau di sini pasemboq tu rojak, rojak tu rojak buah. Mindfucked bagi yang first time datang sini. Paling sedap dekat sini mee goreng sotong, confirm kau akan bungkus satu untuk makan tengah malam sambil layan twitter dan juga movie-movie korea. Ada juga perkhidmatan mengurut di tepi jalan, menjual buih-buih sabun dan juga belon upin-ipin. Ada baskin kadang-kala. Disini jugaklah tempat ronggeng mat-mat rempit yang nak menunjukkan telur siapa paling besi seperti demi menunjukkan tribute mereka pada Marco Simoncelli. Pengalaman paling malu aku dekat sini, handphone aku jatuh dekat air surut tu, lepas tu ramai orang tengok ingat aku nak tangkap ikan guna tangan. Celaka ye dak ?

Rating tamadun : 3 bintang



3. Queensbay dan Hammerbay
Bukan Queensbay Mall ok. Mall tu mana-mana ada ye dak ? Cuma kalau shopping disini, duit kau akan mengalir macam sungai Kinabatangan. Tempat ini terletak di sepanjang jalan menghadap ke Pulau Jerejak. Sepanjang laut. Banyak aktiviti menarik di sini. Aku rasa aku kerap ke sini. Sebabnya, ada bundle dan sate ikan. Kat sini juga menyediakan aktiviti bermain layang-layang. Malah, ada yang bermain sampai ke malam. Kuat juga angin di sini, di samping mata kita terpesona dengan keindahan lampu-lampu dari Jambatan Penang. Banyak gerai-gerai lori kecil meniaga makanan walaupun tanda Dilarang Menjaja masih terpacak disitu. Agak degil si penjaja Penang ni kan?

Yang peliknya, budak-budak kpop penang sudah bermaharajalela, dengan gayanya yang ala-ala LeeMinHo tu, mereka masih suka mengambil gambar di tengah-tengah roundabout Queensbay tu dengan aksi-aksi yang pelik lagi kelakar. Kadang-kadang aku terfikir, "eh macam ni ke aku dulu?" tersengih-sengih aku kalau nak diimbas kembali kisah lama.

Rating tamadun : 3 bintang setengah





4. Penang Road
Tempat menarik untuk back-packers dan juga kaki DSLR yang suka menangkap gambar apek yang sedang memasak, pengemis yang ternganga dan juga anak kecil yang berlari tergedek-gedek sewaktu melintas jalan. Waktu siang, Penang Road adalah tempat paling sibuk dengan orang meniaga. Chowrasta, Teochew Cendol termasuklah supermarket Mydin.

Menjelang malam, adalah masa untuk berhibur atau disini lebih dikenali dengan perkampungan clubbing. Disini, kau dapat tengok ramai remaja yang clubbing semata-mata untuk menunggang air setan itu, beli air setan dekat 7eleven lepas tu masuk club cuma bayar service charge je. Walaupun otak mereka pandai untuk menjimatkan duit, tetapi hati rosak dimamah pengaruh rakan sebaya. Kau boleh tengok semua ni di Upper Penang Road, club-club termasyur seperti Vodoo, Mois dan juga Slippery Senoritas. Ramai yang datang kesini, semata-mata untuk melepaskan tension yang terkumpul sewaktu mereka kerja. Rata-rata yang datang kesini terdiri daripada kaum cina, india, melayu, british, negros dan juga bangla. Jangan ingat orang bangla tak maju. Di sini lah juga port pondan dan nyah-nyah kelas pertama berada. Oh, nak cari ayam pun ada.

Zaman jahiliyah aku selalu la lepak area sini, tapi sekarang aku jarang datang kesini sebab suana yang penuh dengan maksiat. Progresif ye dak.


Rating tamadun  : 5 bintang.



5. Batu Maung@Spotting
Taktau kenapa aku masukkan batu maung dalam list tempat wajib lepak di penang ni, Tapi yang pasti tempat nilah yang banyak membantu aku dalam mengejar cita-cita aku. Spotting namanya ataupun plane spotting, tempat ni aku selalu duduk sambil melihat kapal terbang takeoff dan juga landing, cantik ! Sangat cantik bagi sapa-sapa yang suka melihat keindahan kapal terbang tu. Dengan motor Yamaha 125z putih hijau tu, aku singgah beli keropok lekor dan juga air kelapa dan lepak disekitar bahagian luar runway tu.


Rating tamadun : Takde, aku je yang selalu lepak situ sampai orang kampung kenal aku.



1 Comments:

eVa said...

Haaa no wonder blog diabaikan.. Vlog makin maju ek hehe.. Naper x letak sini..