Bagaimana Hendak Menjadi Seorang Pilot

7:28:00 pm Malaysian Cockpit 212 Comments

Macam mana nak jadi pilot mas? macam mana pulak dengan pilot air asia? kalau tudm macam mana ?

Selamat datang ke dunia penerbangan !

Mana Nak Mula?

Terbang merupakan satu cabaran dan sangat seronok. Tapi nak terbangkan sebuah pesawat, besar ataupun kecik tu dah kira hebat lah tu. Terbang adalah sangat laju, selamat dan juga kurang kos untuk bercuti/berjalan. 

Nak terbang Piper, Diamond masa cuti minggu, ataupun Boeing 737, 747 , Airbus dalam syarikat penerbangan. Yang utama, anda perlu kenal diri anda dulu, kapal, cuaca, persekitaran dan juga undang-undang pilot untuk memastikan penerbangan yang selamat lagi selesa. Macam mana nak belajar tu bergantung pada pilot yang macam mana yang anda nak jadi. Dengan Private Pilot License (PPL) anda boleh terbang merentasi Malaysia dan juga membawa penumpang. Tapi, anda tidak boleh mengenakan cas dalam penerbangan tersebut. Dengan Commercial Pilot License (CPL) anda boleh menjadi pilot macam biasa tu, membawa kapal Bombardier, jet peribadi. Tapi dengan Airline Transport Pilot License (ATPL) anda boleh terbang sebagai first officer maupun kapten dalam pesawat yang lebih besar seperti Boeing 737, 747, Airbus dan menjana income yang berbaloi. Lesen sebegini seperti memanjat tangga, kena ambil langkah-langkah untuk mencapai tahap paling tertinggi. Mula-mula PPL, CPL, ATPL. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu mencapai terus ke ATPL kalau anda tidak mahukan pilot itu sebagai kerjaya anda.


Approved Flight Training Organization (AFTO)
3. KIST Aviation Academy. (bankrupt)
4. HM Aerospace. (dengar cerita next year jadi flying club)
5. International Aero Training Academy

Pilihan lain.
3. Interview : Malaysian Airlines atau AirAsia

Private Pilot License (PPL)

Boleh diambil sekali bersama ATPL. Tetapi jikalau anda mahukan PPL sahaja, seperti menerbangkan semua jenis kapal terbang berkuasa rendah, anda boleh la apply dimana-mana flying schools dan juga flying clubs, contohnya RSFC, FRASFC, Subang FC, FAS Udara FC (Subang), Kota Bharu FC, dan banyak lagi. Cuma diingatkan, PPL hanya untuk mereka yang gemar menerbangkan pesawat secara hobi maupun rekreasi tanpa mengenakan cas kepada penumpang. Harga untuk menyewa pesawat boleh dikongsi bersama penumpang yang lain. Ini juga termasuk dalam 35 jam dual, dan 10 jam solo. Cuma 45 jam sahaja!


Commercial Pilot License ( CPL )

Lebih kurang 2500 Professional (CPL dan ATPL) Pilot dalam Malaysia. Pilot boleh dibayar untuk menerbangkan sesebuah pesawat. Mereka boleh terbang solo, maupun dual. Yang dual. pilot dan co-pilot. Syarat minimum kemasukan ialah umur, iaitu 18 tahun. Selain itu, anda perlu sihat dari segi fizikal dan juga mental.


Aviation Medical

Commercial pilots perlu melepasi Kelas 1 medical examination. Ujian ini lebih ketat daripada Kelas 2. Anda perlu memastikan anda lepas dahulu ujian perubatan Kelas 1, kemudian barulah anda boleh memohon kemasukan ke sekolah-sekolah penerbangan berdekatan. Kelas 1 sijil perubatan perlu diperbaharui setiap tahun jika anda berumur kurang daripada 40, atau setiap enam bulan jika anda adalah 40 atau lebih tua. Ini termasuk ECG, kesihatan umum, dan pendengaran dan juga penglihatan. Terdapat beberapa keadaan perubatan yang boleh menghalang anda lulus peperiksaan ini. Designated   Aviation   Medical   Examiner   (DAME), dan doktor pakar penerbangan akan menjelaskan ini kepada anda. Kelab yang anda terbang, sekolah terbang, atau DCA  boleh menyediakan satu senarai doktor penerbangan di kawasan anda.


Anda boleh memegang Lesen Juruterbang Komersil sebaik sahaja anda berumur 18 tahun. DCA memerlukan pemohon untuk CPL memenuhi kelayakan akademik minimum seperti yang dinyatakan dalam AIC. Keperluan akademik minimum adalah mencapai sekurang-kurangnya 5 kepujian pada peringkat SPM dengan kredit dalam Bahasa Inggeris, matematik dan mata pelajaran sains. Pemohon yang tidak memenuhi keperluan tidak akan dikeluarkan dengan CPL.



Jom Terbang!

Untuk menjadi seorang juruterbang pesawat komersial, anda perlu melengkapkan sekurang-kurangnya 200 jam latihan terbang, daripada mana 145 jam di atas kapal terbang enjin tunggal (single) dan 25 jam pada pesawat enjin berkembar (twin), dan 30 jam lagi pada latihan simulator. Latihan macam ni yang akan dijalankan dalam Approved  Flying Training Organization. Latihan penerbangan juga mengikut kadar jam adalah satu keperluan mandatori sebelum anda dibenarkan untuk menduduki ujian penerbangan anda.

Saya percaya, semua orang yang mahu menjadi seorang juruterbang syarikat penerbangan, anda akan perlu Instrument Rating. Ini membolehkan anda untuk terbang bersama awan dan juga mengemudi dengan merujuk kepada instrument kapal. Mungkin kerjaya yang termasuk angkutan dan operasi piagam, atau anda boleh terbang di syarikat penerbangan sebagai pegawai pertama (First Officer) atau pegawai kedua (Second Officer). Jangan risau lah, semua sekolah penerbangan yang dinyatakan di atas menyediakan kursus CPL dengan Instrument Rating (IR).

Sekarang, anda mempunyai CPL dengan IR (Frozen ATPL), dengan lesen macam ni, anda boleh bekerja dengan syarikat penerbangan, tetapi anda tidak boleh menjadi Kapten (4 bar), melainkan anda mempunyai lesen ATPL.


Apa tu ATPL?

Airline Transport Pilot License merupakan satu jawatan tertinggi lesen juruterbang komersial.  Membolehkan anda untuk menjadi Pilot-in-Command sebagai kapten kapal tebang komersial.

ATPL yang pada mulanya akan dianugerahkan sebagai beku, frozen ATPL membenarkan anda untuk terbang sebagai seorang pegawai pertama (First Officer) syarikat penerbangan tetapi tidak sebagai kapten. Hanya selepas 1500 jam terbang , ia akan menjadi unfrozen membenarkan anda untuk memohon sebagai kedudukan Kapten.


Langkah yang Perlu di Ambil

Lepas dapat SPM result,
1.     Mohon terus ke Flying School yang berdekatan.
2.     Ikut prosedur yang mereka berikan, contoh seperti Medical Checkup, DCA approval letter.
3.     Selepas sudah selesai apa yang mereka mintak.
4.     Siapkan duit kemasukan tak salah RM 75,000 (ikut flying school tersebut).
5.     Anggaran 24 bulan, tu pun kalau smooth lah kan.
6.     Apply airlines.

Kalau untung, dapat fresh second officer intake, kalau tak, buat rating sendiri la gamaknye.

Bayaran

Yang ni lah paling penting dan paling ramai orang tak mahu terjebak dalam karier ni. Sebab wang. Anda boleh melabur untuk persiapan yang lebih awal. Perbelanjaan kasar lebih kurang RM250,000. Sekarang dah bertambah, dalam RM 270,000. Sekarang dah RM 290,000 !



Jangkamasa Lesen

Minimum 18-24 bulan.
Info selebihnya boleh didapatkan di sini, Department Of Civil Aviation, Malaysia.

Sources :
1.     http://www.2beapilot.co.uk/atpl.htm
2.     http://www.mfa.edu.my/courses.html#ATPL
3.     http://www.dca.gov.my/career/How_to_Be_a_Pilot.pdf



RMAF

Kalau RMAF ni, cume anda perlukan eyesight yang tersangat bagus. Maksud aku, untuk komersial pilot tu, eyesight tak ditekankan sangat. Tapi, untuk RMAF ni, eyesight diutamakan kerana kebolehan pilot nanti untuk melihat sebarang masalah contoh seperti melihat kedudukan jet musuh, misil dan sebagainya.



Perjalanan Aku

Seperti sedia maklum, aku dulu dapat dah tawaran APFT tahun 2010 masa aku ade dekat matrikulasi dulu. Disebabkan kewangan aku down sikit time dan juga matrikulasi aku tu tinggal satu semester lagi,  memang aku tak masuk.

Lepasan Matrikulasi macam aku nih boleh apply ke UTHM dan apply UPU macam nak masuk universiti tempatan tu. Kalau tak apply, memang susah and banyak procedure kena handle kalau nak masuk universiti.Tapi boleh je masuk kalau tak apply UPU tu, kena lah halo-halo dengan ketua jabatan. Dekat situ jugak aku terdetik ade pulak Degree in Aeronautics (Professional Piloting). Tapi nak terbang tak perlu pun degree sebenarnya. Nak tahu kenapa tak perlukan degree? Klik SINI untuk maklumat lanjut.




So ni lah sedikit sebanyak mengenai course di UTHM :-
  1. Degree in Aeronautical Engineering Technology with Honours.
  2. 2 and 1/2 year studying degree (University)
  3. 1 and 1/2 year obtaining license (Flying School : APFT)
  4. PPL, CPL and frozen ATP License
  5. Graduate.
Ni lah cara paling cepat nak buat degree! 2 tahun je pun. Buat masa sekarang ni, pengambilan pelajar course di UTHM ni hanya terbuka kepada Lepasan Matrikulasi, STPM, Diploma, CPL/IR license holders. Bagi Lepasan SPM tu takde peluang lah. Kalau berminat, boleh la apply terus ke ketua jabatan. :)

Assalamualaikum.





Credits to Syazwan Che Deraman, graduated APFT Pilot.