Perlukah Seseorang ber-Degree dahulu sebelum menjadi Pilot?

8:28:00 pm Malaysian Cockpit 1 Comments


Ia tidak benar sama sekali mereka yang berpendidikan tinggi sahaja akan dapat pekerjaan terbaik. Walaupun tidak perlunya ijazah muda (degree) sekalipun, kebanyakan syarikat penerbangan akan memilih anda yang mempunyai ijazah dari Universiti. Disebabkan pengaruh masyarakat dan juga pihak-pihak yang tidak berpuas hati, umumnya mereka yang menentukan keperluan ini dan statistik telah menunjukkan bahawa juruterbang yang diambil kerja bukan dari rata-rata kelayakan minimum, sesetengah mereka mempunyai ijazah muda dan juga PhD.

Secara rasionalnya - jika syarikat penerbangan mempunyai pilihan, mereka akan pilih siswa-siswazah kerana mereka telah membuktikan diri mereka bahawa mereka boleh berpegang kepada kurikulum yang mencabar dan berjaya sebagai seorang siswa universiti. Ini adalah salah satu ciri-ciri bahawa syarikat penerbangan ingin tahu sebelum mereka melabur wang untuk melatih anda sebelum anda menerbangkan besi terbang.

Walau bagaimanapun, jangan rasa lemah atau kecewa! Aku nak bagi tahu sedikit rahsia tentang profesion ni. Terbang bersama awan adalah satu profesion yang unik. Anda tidak perlu mempunyai ijazah untuk terbang dengan baik. Aku pernah kenal kawan aku drop kos dekat UM semata-semata untuk join Malaysian Airlines. Aku pun tahu lepasan diploma bersepah yang dah dapat pegang yoke A-330 dengan B-777. Nak menerbangkan pesawat pun memerlukan beberapa kemahiran semula jadi dan juga purata kapasiti mental.

Kadang-kadang mempunyai ijazah juga tak akan membantu anda dalam mendapatkan pekerjaan pertama anda. Syarikat yang mengambil juruterbang yang low-flying-hours umumnya tak kesah pun kalau ada diploma atau ijazah, sebaliknya, mereka mahu melihat bahawa anda mempunyai sikap yang baik dan boleh bekerja keras. Setelah mencangkul beberapa pengalaman kerja, berada di tempat yang betul pada masa yang tepat dan membuat hubungan yang baik dengan orang lain. Faktor-faktor macam ni senang untuk anda mendapat tempat di syarikat penerbangan tertentu.


Tinggikah peluang pekerjaan tanpa ijazah? Untuk diambil bekerja, anda perlu pengalaman terbang - sesuatu yang tidak mudah apabila anda memulakan kerjaya terbang. Aku anggap bahawa anda akan memperoleh latihan terbang anda dari sekolah penerbangan tempatan dan bukannya dari graduan Kolej Profesional / Universiti dimana graduan berakhir dengan ijazah dan sijil ATP (macam yang aku sedang ambik ni). Ya, latihan dari sekolah penerbangan akan mengambil masa yang lama, disebabkan rata-rata mereka yang suka melengahkan penerbangan sendiri.

"Alaaa, esok jelah aku fly, mengantuk ahhh"

Ingat! Semua sijil penerbangan akan dilayan sama rata di mata FAA. Jadi ada degree ke tak ada degree, itu semua terserah kepada syarikat yang merekrut anda.

Kalau sebelum-sebelum ni anda pernah terbayang untuk bekerja dengan Emirates, jangan harap! Boleh tu memang boleh.

Cuba Try Test...

1 Comments:

eline said...

syabas...artikel ini sangat-sangat membantu...