Pemilihan Flying School - Tips Mudah Menjadi Pilot Airlines!

12:28:00 pm Malaysian Cockpit 0 Comments

Pemikiran kau dah kena matang, kau dah kena fikir mana satu lebih menguntungkan, dan mana satu tidak. Jadi pemilihan flying school ni amat penting sebelum kau nak jadi pilot airlines. Tak susah tapi tak semudah yang kau fikir susah. Kat sini aku nak tekankan kenapa pentingnya pemilihan flying school ni. Pertama sekali aku nak kau fikir yang lagi murah lagi bagus. Biasa kau pegi Tesco tengok mana barang paling mahal tu lah paling bagus bukan? Tak! Dalam kau nak merealisasikan impian kau nak jadi pilot airlines, memang akan ada orang yang akan mengambil kesempatan kau. Seelok-eloknya carilah flying school paling murah dekat dunia ni. Kau kena fikir luar kotak, walaupun umur baru setahun jagung tapi kau wajib fikir benda ni iaitu KURANGKAN KOS PERBELANJAAN semasa training kau di flying school. Sebab apa? Sebab bukan semua orang dilahirkan dalam keluarga yang kaya.

Sebelum kau nak pilih job dalam dunia aviation ni, kau kena tengok course dekat flying school mana sediakan antara EASA ATPL ataupun FAA ATPL, ni penting sebab bergantung pada airlines tersebut yang nak rekrut pilot diorang. Masing-masing ada kelebihan sendiri. Tapi dia akan jadi menyusahkan yang amat sangat bila kau nak convert dari EASA ke FAA ataupun FAA ke EASA.

Dalam pemilihan flying school ni, ada 3 jalan, yang susah, yang sederhana, yang senang.

Jangan Takut untuk keluar dari Malaysia. Memandangkan kau dah mampu untuk menanggung perbelanjaan pilot rata-rata dalam RM 250,000. Cuba tengok lagi mana paling murah! Bukak minda kau, cari, cari dan terus mencari! Sememangnya ada flying school kat luar Malaysia ni jauh lebih murah dari dalam Malaysia. Ada yang menawarkan course ATPL(Aeroplane) dalam RM160,000 sahaja! Cara ni dapat mematangkan kau lagi di luar sana, dan boleh tambah lagi kefasihan kau dalam bahasa English!

Tapi, kau kena jimat segala-galanya, cuba lah jangan keluar makan di kedai selalu, banyakkan memasak di rumah, laburkan lah sedikit wang untuk membeli periuk, gas dan bahan-bahan mentah. Sebab atas pengalaman yang aku lalui, sebab kau dah la nak bayar RM250k, lepas tu kau nak fikir rating kapal lagi kau kena bayar masa masuk airlines. kau ingat murah?

0 Comments: