Jauh Perjalanan, Luas Pandangan.

9:03:00 pm Malaysian Cockpit 4 Comments


Assalamualaikum, lama tak jadi editor blog ni sebab ada banyak hal perlu diuruskan dari satu masalah ke satu masalah. Biasalah dari mulut itik ke mulut ayam. Masa takkan pernah tunggu kita, masa takkan pernah pancung kita. Lebih lebih tu pandai pandai lah pikir.

"WHY YOU WANT TO BE A PILOT?"
Soalan paling basic dan paling wajib akan ditanyakan semasa interview dengan AirAsia baru-baru ni, ni pun korek dari member, member aku jawab, 'Jauh Perjalanan Luas Pandangan', pehh masuk terus! Captain tu cakap, 'wahh lu manyak manguih ahh, lai lai!', MEMANG TAK DAPAT kalau ayat power tapi buat muka sekupang, reaction pun takde, passion pun hilang sebab tengok awek kat luar tadi masa tunggu interview. Mana taknye beb, pakai skirt pendek sampai atas lutut, lebih lebih lagi bila on the way ke bilik interview, lalu pulak dekat dengan diorang yang interview stewardess, ngancam beb, mekap macam Firaun Hatshepshut, rezeki melimpah ruah masa tu macam kokokrunch. Masa tu lah hilang semua point-point nak lepas interview. Ingat bukan ko sorang yang bersaing tapi banyak lagi orang,

First stage Airasia tu banyak orang kata senang, ye memang senang untuk diorang yang baru lepas habis spm, segala atom-atomlah, half life lah, principle fizik lah masih lagi tertanam dekat otak tu, tak macam orang lain, umur 25+ ni, malas beb nak baca buku spm. Sapa tak malas? When there's a will, there's a way.

Second stage pun sama je, ni semua ticket untuk next stage, so kalau lepas tu tak kira lagi boleh jadi ke tak, tapi bila third stage tu yang kritikal, saat ko berdepan dengan captain AirAsia. So aku tak lepas pun semua haha, member cerita aku luahkan. Goodluck!

Tapi ini semua cerita lama, jangan mengharap airlines didalam Malaysia sahaja! Pinoy ade, Indo ade, Thai ade.

Berani-beranikanlah keluar dari sempadan. Bukan jauh perjalanan luas pandangan hanya untuk teori lepas interview, tetapi ia adalah biji benih yang tertanam di setiap jati diri mereka yang ingin menjadi juruterbang. Kadang-kadang, walaupun kita dah ada lesen juruterbang, tak semestinya kita jadi juruterbang 24 jam, macam member aku, dia bukak satu syarikat chartered flights and transportation. Peluang untuk berjaya tak nampak lagi, tapi dia dah mulakan satu langkah kehadapan. Ada lagi sedara aku, ada degree engineer dan dia ambik lesen cpl je, lepas tu dia guna lesen tu untuk terbang dengan family dekat langkawi masa cuti. Lain padang lain belalang betol tak, itu semua terpulang atas matlamat hidup masing-masing. 

Macam aku, aku tampal satu kertas besar-besar tulis "only the strong will survive", kadang-kadang kita tak perasan tapi benda benda camni lah yang motivate kita untuk pacu ke hadapan bukan je dari segi juruterbang tetapi dari segala aspek kehidupan.

Aku pun dah last sem ni dekat uni utk habiskan degree then cabutlah ke kelantan untuk join plak geng apft, tak apft pun mungkin ke kistaa. Jumpa anda disana!

4 Comments:

eline said...

boleh share x mcmn nak apply air asia..

Ade post saya mengenai intake airasia. Tahun ni dibukak bulan 4. Boleh apply kat website.

BAITIyusuf said...

Admin orant Kelantan ek?

Asyraf said...

Kalau since x credit mcm mana, since xde paper julay