Bawaku Terbang - Episod 2

7:52:00 pm Malaysian Cockpit 1 Comments


"Macha, teh o panas, roti bakar, telur 2 satu!"
"Puii!! Rokok ape ni?"
Ludah Sham setelah menghisap rokok John putih si Botak punya, mungkin kerana rokok tersebut terlalu pahit. Maklumlah, Sham sudah jadi orang kaya, biasiswa sana sini, pinjaman sana sini, tak ada nya nak hisap rokok 4 puluh sen tu. Tanpa berlengah, Sham terus bangun pegi kaunter,

" Macha, rokok paling mahal ape? saya nak yang paling mahal"
" Ada-ada, ini winston baru."
" Eh ini winston bukan murah ka? \"
" Tak tak, ini rokok mahal 3 kupang, winston lama murah sikit dei."

Sabar. Kadang-kadang pekerja di premis seperti ini selalu buat lawak-sendiri-gelak angkara stress yang terkumpul ketika menceduk kuah dalca. Kedai mamak macam ni juga tak sah kalau tak ada orang yang jual tisu lembut, minta sedekah sekolah madrasah, jual surah Yassin, jual buku budak-budak, jual lampin bayi pun ada. Tapi dalam banyak-banyak orang yang nak cari makan tu, ada juga orang yang suka menipu untuk mencari makan. Halal kah?

"Kau, kau dan kau boleh blah! Gua tak nak tengok lagi" 

Belum sempat lagi ahli korporat tu duduk dah kena maki dengan Botak.  Macam tak biasa dengan orang macam ni, kalau bukan MLM tak sah. Selamat, Botak faham akan perangai Sham yang pantang melihat kaki tipu terang-terangan macam ni. Kalau dibiarkan ahli korporat itu duduk, riuh lah satu kedai mamak tu. Menipu itu satu silap mata. Botak, nama gelaran yang diberi setelah kalah dalam permainan i-dare-you-to diwaktu sekolah dahulu, perkarangan asrama, depan surau, mencabar rakkannya untuk menyimbah air stokin ke warden. Dibuatnya betul, segala rambut yang ada pada badan Botak dicukur dengan rakan sekelas. Di kampung, Botak dan Sham selalu pergi bermain layang-layang dan bertanding siapa paling jauh membaling kapal terbang kertas. Keakraban mereka tak sama seperti pensel dengan kertas, bantal dengan tilam, kereta dengan tayar, malah jauh lebih rapat. Kalau dikutuknya Sham, Botak yang naik angin, begitu sebaliknya. Setahun sekali sahaja mereka dapat berjumpa, disebabkan Botak sedang belajar mengenai nuclear weapons di Russia, Sham pulak penerbangan di Malaysia.

Sham bersiap memakai baju kemaja putih dan juga seluar slack hitam. Lalu menyarung kasut putih Fred Perry yang baru dibelinya semalam. Perjalanan dari rumahnya ke Gurney Drive taklah sejauh mana, cuma kesesakan tu yang menyebabkan perjalanan yang hanya 20minit menjadi 45 minit. Harini dia akan bekerja di Seoul Garden memandangkan disitu sahaja mereka menerima Sham oleh kerana kenalan Botak yang menjadi Crew Chief disitu. Yelah, 3 minggu cuti, siapa yang nak?

"Hello? Tempat ni untuk orang makan, bukan untuk lepak isap rokok" seorang gadis yang mana entah datang berbaju Polo Tee berwarna pink.
"Eh suka hati aku lah nak duduk mana, ape ingat kau beli ke tanah kecik ni semata-mata untuk halau aku?"
"Urghhh kau tunggu kejap" 
Sambil menunggu kawan Botak yang katanya tinggi orangnya, laki ke perempuan entah la, tak cakap pulak si Botak ni, "Ahh, awal lagi ni"   Kata Sham didalam hati sambil meniup asap kotor yang keluar dari mulutnya keatas langit. Wikitude, aplikasi yang sering dibukanya sewaktu berada di pasaraya besar sebegini, berdentum-dentum 'Friend Request' dapat di telefon blackberry bold 4 dia.
"Eh mamat sombong, nama kau Sham kan?" kata gadis yang sama tadi.
"Hai, tadi kau dah halau aku, sekarang kau datang balik pastu tahu plak nama aku."
"Kau kan nak kerja dekat Seoul Garden ni? Masuk dalam cepat!"
"Oh shit..." 
Gadis itu tinggi. Serious orangnya. Taklah secantik Niilofa. Tapi seantero Nura Danishes. Perangai dan juga reaksinya pabila geram membuatkan Sham dup dap dup dap jatuh dimamah keayuannya. Tak pernahnya Sham hendak berlembut dengan gadis lain melainkan kakaknya, oleh kerana kisah silam mantan pacarnya yang masih terbakar didada, walaupun sudah 2 tahun berlalu.


*****

1 Comments:

eVa said...

wowwww!! pandai buat crita.. mesti sham dgn perempuan tu asyik gaduh jer.. ego! xsbr episod 3