Wajah Baru Hasil Gubahan Grafikraf

2:00:00 am Malaysian Cockpit 2 Comments


Sidebar lain, logo lain, header lain, semua lain. Siap ada random post lagi. Dulu yang tak pernah aku nak ada label ni, sekarang aku dah kena ada masa sikit untuk aku luangkan dalam blog ni. Pages atas ni yang perlu aku kerjakan untuk blog ni tak siap lagi, insyallah bila dah siap, blog ni mungkin akan bermanfaat untuk yang lain. Takde lagi lah benda merepek dalam blog ni, bela ikan dalam blog la, kasi makan tikus la, kasi makan kura-kura la, ads berterabur, html link tersembul sana sini. Macam mana pun, blog ni masih santai dan cool untuk readers yang selalu singgah blog ni.

Tapi, aku takde lah nak aim blog ni sampai ke tahap yang lebih gangster macam blog lain. Sampai ke tahap worldwide readers friendly tu memang tak lah, setakat mana yang aku mampu je ni. Lagi pun blog ni dah jadi macam nasi kandaq, 'kuah sekali, banjir ye'. Aku pun ikut la kebanjiran nasi kandaq tu sampai sekarang, bila aku tengok entry-entry lama, aku gelak kaw kaw punya. 'Macam ni ke aku dulu?'

''Barang yang lepas jangan dikenang, barang yang sekarang jangan buat kau kenang balik barang yang lepas" - BlogPanjang


Sesiapa yang nak tukar layout blog dengan design yang dikehendaki boleh la lawat ke website Grafikraf sendiri.
Terima kasih atas gubahan yang dilakukan oleh Team Grafikraf.


2 Comments: