Stage 1 AirAsia

2:17:00 pm Malaysian Cockpit 1 Comments


Banyak orang kata stage 1 ni lah yang paling susah kalau nak dibandingkan dengan stage lain. Padahal yang nak masuk exam tu just Math, Physics dengan English je. Terpaksalah aku kena godek balik buku-buku lama spm tu. Bersepah orang cakap, "standard spm je tu, ape ade hal?", belum cuba belum tahu ye dak? 

Yang sakitnya tu, tarikh interview tu dalam minggu aku final exam semester 1 ni. Dua-dua nak kena fokus tu yang susah. Tapi bila fikir-fikir balik, kalau aku fail dalam test airasia ni, memang susah aku nak kaut duit beratus ribu nanti untuk aku ambik private license setahun lagi. Kalau aku fail airasia, kena usaha lebih untuk cari duit, ataupun fail exam university, kena repeat satu semester balik. Susah beb susah!

Memang susah bila nak difikirkan mana satu lagi penting, yelah sapa taknak kalau dapat degree dengan lesen skali? Susah betul bila sampai masa nak decide benda-benda macam ni, lebih-lebih lagi berkaitan dengan masa depan. Susah susah... Ehh brapa banyak susah daa?

Walau susah pun, jangan kita lupa pada qada' dan qadarNya. Walau macam mana hebat pun kita rancang, Allah yang tentukan. 

Sapa yang tak check lagi, sila lah check email anda.


"Hope less, Pray for the best"

1 Comments:

eVa said...

Perghhh kalau sy nak menangis.. Masalah mcm mana nak struggle dua2 skali.. Susah susah.. Kene usaha lebih.. Tp cuba jer dulu.. Mana tau rezeki ... Gudluck!


**amboii... Yg tu nanti dulu.. Sy mmg suka crita pasal org tp yg baik2 jer hehe..