Bekerja Ketika Belajar - Relevan ke tak?

10:27:00 am Malaysian Cockpit 1 Comments


Isu ni dah selalu dipertengahkan oleh pihak-pihak yang masih tak paham lagi. Adakah relevan bekerja sewaktu belajar? Adakah mereka yang bekerja ketika belajar tak pandai? Adakah mereka yang belajar sepenuh masa, confirm dapat sijil dekan sepanjang semester? Adakah duit ptptipu tak cukup untuk perbelanjaan? Biasalah kalau kau tengok kawan kau ada kerja dekat mekdi, keepci, 7eleven, tapi kenapa?

Kenapa mereka bekerja?
  • Kawan-kawan
    • Yang ni selalu terjadi. Dah kawan pun kerja, dia pun nak kerja jugak. 
  • Masa depan
    • Nak tambahkan pengalaman la katanya. Biar penuh sikit resume tu.
  • Bosan
    • Jadual semester lenggang.
    • "aktiviti uni = tak dapat duit, kerja = dapat duit"
  • Sengkek
    • Mana taknya kalau tiap-tiap hari makan maggie je.
  • Ekonomi menaik
    • Dahla naik kenderaan sendiri, harga minyak naik, gula naik, air suam sampai 50sen, ape cer ni?
  • Diri sendiri
    • Ada yang dalam diri mereka ni memang dah sebati untuk jadi kuli kerja.
  • Biasiswa/Pinjaman tak cukup
    • Duit bagi 7000 setahun makan telur tiap-tiap hari pun sengkek jugak bro. 
  • Keluarga
    • Ada yang terpaksa bekerja supaya menanggung wang makan di kampus sebab duit pinjaman digunakan untuk menyara keluarga.
  • Cara hidup
    • Kaki gadget, blackberry, ipod, iphone, ipad, tabs, semua dia nak beli. Kenalah kerja untuk dapat menayangkan kekayaan mereka pada kawan-kawan yang lain.

Setiap pelajar ada masalah mereka sendiri. Mungkin ada banyak lagi sebab kenapa perlu bekerja, 9 sebab ni pun sudah cukup, cukup sudah. Janganlah kita melihat kenapa mereka yang bekerja sambil belajar kurang memuaskan dari segi pencapaian akademik. Tak semestinya mereka yang hanya tumpu pada pelajaran sepanjang pengajian mereka confirm dapat sijil dekan sepanjang semester?

Relevan ke tak bekerja sewaktu belajar itu terletak pada diri masing-masing. Kalau kau pandai menguruskan masa, duit dan pelajaran tu, dua-dua kau boleh kaut.

1 Comments:

eVa said...

Haaa mcm sy lah bekerja smbil blaja.. Nasib baik kerja sy ada kaitan dgn blaja.. So alhamdulillah bisa diatur.. Cuma penat jer.. Nak enjoy pun xblh sgt..