Cuti sudah habis bro...

7:33:00 pm Malaysian Cockpit 1 Comments



3 minggu je cuti ? ahh, tak sempat aku nak ronggeng sana sini. 3 minggu tulah aku spend time ngan family dan kengkawan aku di Penang yang lain, budak-budak skolah rendah, semuanya dah segak-segak belaka, yang gemuk dah kurus, yang dulu pakai tudung sekarang dah terbukak, yang nerd pulak tunjuk gangstaaa. People change kan ?

Itulah cuti, tak patut kita buang cuti tu dengan bermain game sahaja, lepak dengan kawan sahaja, ataupun duduk bersahaja. Sepatutnya kita harus melakukan sesuatu yang berfaedah, contohnya makan cendol di waktu petang. awrr

Di saat-saat genting ni lah aku mula cuba menulis balik, "Mak saya tak nak balik Johor! " sebanyak 10kali disebabkan dah kekok nak pegang pen. Selepas 10 kali tu, aku dah rasa yang training aku cukup hebat untuk menulis lab report yang panjang berjela kian nanti. Celaka betul training aku kan ?

Persetankan semua tu, cuti sudah habis bro.. Selamat berjaya dalam semester baru.



*dah merantau tu jangan lupa call makbapak ye. hihi



1 Comments:

eva said...

oh my!! naper letak gamba my hero kat sana hahahaha..

3 mggu oke tu tp mmg terasa kejap sgt.. tp nanti kang otak tepu.. hehehe..