Niner Mike Whiskey Alpha November - Phonetic Alphabet
Alphabet Penerbangan ataupun boleh dikenali sebagai Phonetic Alphabet bukan hanya digunakan dalam dunia penerbangan sahaja, malah tentera, polis, special branch dan sebagainya. Secara asasnya, Phonetic Alphabet ni bermaksud menggunakan perkataan kepada kod huruf abjad bahasa Inggeris secara acrophonically (cth Alpha bagi A, Bravo bagi B, dll) supaya kombinasi huruf yang susah dan yang boleh mengelirukan dapat diterjemah dengan jelas dan difahami oleh orang-orang yang menghantar ataupun yang menerima mesej suara melalui radio atau telefon tanpa mengira bahasa ibunda mereka.
Ini juga dilakukan diatas kepentingan keselamatan penerbangan dan juga nyawa seseorang tersebut. Tetapi sebab utama wujudnya Phonetic Alphabet ini adalah untuk memastikan jelas atau tidak isyarat suara tersebut.
Apabila menggunakan radio kapal terbang, semua tanda-tanda panggilan kapal, petunjuk lokasi dan sebagainya perlu dinyatakan dengan menggunakan Phonetic Alphabet yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Hanya sedikit sahaja perkataan yang boleh dibaca dengan cara biasa. (cth ETA, ILS, CTR )
Apa-apa pun. Juruterbang mesti belajar dan hafal huruf tersebut sebelum menggunakan radio kapal tersebut.
Malaysia pula dikenali dengan callsign 9M - .... Niner Mike dan selebihnya adalah nombor pendaftaran kapal tersebut. Kalau macam atas ni, Niner Mike Mike Hotel India.
Agak-agak anda boleh hafal semua ni ? Cuba la guna Phonetic Alphabet ini dengan nama anda sendiri.
9M-WAN - Niner Mike Whiskey Alpha November . ape ke peliknye nama ni. haha
9 Comments:
mcm bestttt lah...tp malas nak hafal :P ekekeke
aha now i know why i aint a pilot. keh3
@yaya ni mesti malas nak hafal kan? haha
Tumpang tambah ilmu...hehehe kdgkala tau jgk skit2 psl kod rhsia tentera ni. Alpha delta rojer2
brapa kost nk dpt all the lesen?ada scholarship x?
brapa kost nk dpt all the lesen?ada scholarship x?
brapa kost nk dpt all the lesen?ada scholarship x?
brapa kost nk dpt all the lesen?ada scholarship x?
Post a Comment