Bawaku Terbang - Episod 1

10:13:00 am Malaysian Cockpit 6 Comments




' Ahhhhhh ' gertak Sham selepas didenda pumping sebanyak 30 kali. Inilah rutin harian Sham yang acapkalinya lambat datang untuk rowcall. Setiap hari, setiap minggu, setiap bulan Sham harus menghadapi dugaan rowcall ini tidak seperti siswa-siswi lain yang enak dibuai mimpi pada ketika ini. Kata pensyarahnya, "Ini semua untuk kamu semua jugak, awak kena jaga masa bila awak semua dah besar nanti,". Tapi yang tidak logiknya, Sham masih didenda walaupun hari tersebut hujan dengan begitu lebat sekali.

Course pembelajaran Sham dalam universiti ini sangatlah berbeza daripada siswa lain. Ada orang kata elit, ada kata unik, ada kata taik, ada kata anak emas, ada kata bajet lebih, ada kata sombong, ada kata belagak. Macam-macam tanggapan orang terhadap kos ini, " Ada aku kesah pulak ? " bisik hati kecil Sham setelah mendengar pernyataan dari sumber yang boleh dipercayai. Mana taknya, kalau dah hujan takkan tak ada tempias kot. Kata orang, oleh sebab Sham tidak perlu keluar untuk mencari rumah sewa bagi tempat berteduhlah menjadikan pelbagai tanggapan yang buruk dilemparkan kepada semua siswa kos tersebut. Adakah ini semua sebab cemburu ? Mereka tak tahu dugaan dan ujian yang dihadapi Sham sekarang.

Selain tu jugak, Sham jugak diwajibkan memakai uniform yang segak lagi bergaya lagi anggun lagi menawan lagi comel lagi ape ko nak woi !

Cita-cita yang ingin digapai oleh Sham sejak kecil kian direalisasikan dengan kos ini, namun demikian terdapat beberapa perkara yang menjadi penghalang, iaitu duit. Ya duit, bukan senang Sham nak ‘kampui’ duit sebanyak beratus-ratus ribu tu. Pada mulanya, ketua jabatannya menegaskan “ Duit jangan risau, awak cuma perlu belajar je dan dapat result yang bagus, ” .  Tapi sehingga sekarang masih lagi tiada jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut walaupun Sham mendapat result yang gempak.

Disebabkan tiada kata putus daripada pensyarah maupun ketua jabatan, seorang kawan Sham namanya Ashraf sudahpun keluar ke universiti lain atas sebab kekurangan wang untuk membayar duit ribu-ribu tersebut. "Panngg!" tumbukan padu Sham pada pintu loker besi sehingga berbentuk loker tersebut seperti genggamannya. " Aku rasa lah kan, kita patut saman lah ketua jabatan ini dan jugak universiti ni kita angkut sekali.", " Eh, mat kau rilek lahh, ape kau nak takut sangat ? lecturer yang bagitau dulu diorang ada MOU dengan syarikat tu." balas Afiq.

Ke hulu ke hilir Sham berjalan sambil memikirkan jumlah wang yang perlu dibayar olehnya sendiri bagi mencapai cita-citanya. Walaupun tarikh yang perlu dibayar Sham 3 tahun lagi, tak bermakna sehari sebelumnya Sham boleh dapat ratusan ribu tersebut. Jikalau tidak difikirkan sekarang, Sham akan menghadapi masalah besar iaitu dengan ijazah muda yang diambil olehnya kian nanti akan hilang begitu sahaja. Lenyap seperti mencampak tepung ke udara.

" ARGHHH bodohhhh ! "

6 Comments:

Aina Sofia said...

insyaAllah akan ada jalan penyelesaiannya :)

@Aina Sofia kesian mamat kan ?

Asy Faro said...

suruh mamat rilek...

ramadhan ni ha doa banyak2. sebelum doa, ibadah dulu. tarawikh jangan tinggal, buat 20. hehe

mana tau dapat sesuatu untuk difikirkan dari sekarang. ramadhan bulan berkat =)

eva said...

hmm susah jugak.. tp usaha dulu.. dlm 3 taun tu kta xtau apa akan jadi.. mana tau tba2 rezeki melimpah2.. setiap masalah ada penyelesaian.. percaya pada tu jer.. sabar yer amat.. :)


** manada bantai2 jer ajar budak2..haha boss dah bg tajuk utk satu mggu.. kene buat ekot objektif yang dh kene bagi boss.. senang ker susah.. bg sy susah sbb tadika ni nak advance lebih mcm darjah 1.. huhu pening!


** er sy tak minat lelaki yang pandai bc novel.. mcm pelik ckit haha.. kalau bc mcm dragon ball oke lagi haha

Unknown said...

Sian mamat..mmg duit sgt penting skrg.. Semoga beliau mdpt ijzah dgn cmrlang dan dpt berpakaian yg segak lgi hnsm lgi cute lg mnawan..hehe

Nuruashia said...

mst ade pyelesaian tu ehehehhe..
happy fasting :)