Nasihat Terbaik Seorang Insan bernama Ayah
Assalamualaikum,Raya terakhirku |
Semua orang pernah merasakan kasih sayang seorang bapa, walaupun setitis kasih sayang yang dia telah lelehkan, ye idak ? Seorang bapa, yang membesarkan kita, menjaga, memberi nafkah, peluk, gembira bersama, menangis bersama. semuanya lengkap kasih sayang seorang bapa ni, dia lah segalanya-galanya bagi aku, memukul, rotan, tali pinggang, tangan, sudu dibaling, cili di mulut, tamparan yang sangat memeningkan dan banyak lagi. ehh cili tu mak aku. kehkeh
Tak semestinya semua orang perlu menggunakan ayah sebagai gelaran seorang insan yang hebat di dalam keluarga anda. Ada papa, bapa, abah, daddy, dad. Itu sebenarnya terpulang kepada ayah anda yang tentukan sejak kecil lagi, sebagai panggilan kepada dirinya selama seabad hidup. Aku lebih selesa guna perkataan ayah, sebab itulah perkataan yang aku selalu sebut bila aku berduka, aku sedih, semua dengan ayah aku.
Nasihat memang tak pernah henti keluar dari mulut ayah aku, asal aku ade sebelah dia je, dia akan cerita, cerita, cerita... Penuh dengan cerita, kalau nak faham cerita ayah aku ni perlukan satu skill yang sangat awesome, sebab cerita dia akan buat aku tercari-cari. Dia jugak takkan cerita lebih kalau aku tak faham-faham. kalau aku lupa, dia akan ingatkan aku. Masa tu aku rasa malu sebab membiarkan ayah aku tertunggu-tunggu jawapan dari aku. Katanya, kalau dah tahu maksud, bagitau dekat ayah. Maaf ayah. Rupa-rupanya ayah aku bagi nasihat dekat aku melalui cerita tu. Ayah buat mcm ni dekat aku sebab nak latih aku berfikir. Pandai jugak taktik ayah aku dulu.
Tapi satu je nasihat yang tak pernah aku lupakan. dulu time duk asrama aku ade kantoi isap rokok, ayah aku datang lah jumpa warden.
Ayah aku cakap,
"kejap ye kir, 5 minit je uruskan masalah ni," kata ayah aku
aku tunggu. tunggu.. ok dah sejam, macam-macam dalam pala otak aku,
"Eh ayah aku kena sound ke ngan warden? Ni takleh jadi ni !"
bangunnya aku kat tepi kolam tu, ayah aku keluar, muka suci je, katanya
"jom balik,"
dalam kereta pulak, aku tanya ayah aku,
"ayah, akir mintak maaf sebab isap .........."
tak sempat aku nak habiskan ayat aku, ayah aku reply terus
"takpe, ayah tak marah sebab ni peraturan sekolah," terkeluarlah suara lantang ayah aku,
dalam hati aku, eh rokok dia tak marah pulak.hihi
"errr bukan........" aku cuba pulihkan keadaan, pastu ayahku mencelah,
" ingat balik tujuan kita dekat dunia ni, Al-Quran sebagai panduan dan bukan peraturan lain yang kita amalkan, buat ape ayah nak marah kalau akir langgar peraturan sekolah? Kalau peraturan Allah, ayah marah. " aku pun iyekan je time tu, baru sekarang aku faham apa yang dimaksudkan.
Kerana hati seorang ayah lebih sensitif dari hati seorang ibu. Anda tidak tahu, adakah esok anda dapat melihat ayah anda kembali?
Melihat ayah aku pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya teramatlah perit untuk aku terima, dan apabila saat-saat terakhir ayah aku menghembuskan nafasnya, tiada apa lagi yang aku boleh lakukan, melainkan mengucap dua kalimah syahadah. Kedudukan terakhir semasa malaikat Izrail datang menjemput tidak akan aku lupakan, terutamanya dimana jasad ayah aku betul-betul berada di pangkuan aku. Pelbagai cara aku lakukan seperti CPR bagi membantu ayahku kembali bernafas, namun tiada perubahan. Tangisan aku juga, memenuhi ruang lingkup rumah aku lantas memanggil adik dan mama aku turun bergegas. Aku masih belum dapat terima lagi atas kepergian ayahku, sungguh cepat, tersangatlah cepat. Kini aku tahu betapa besarnya kuasa Allah yang boleh menghidupkan dan yang mematikan, tak kira mana anda berada. Akur dengan ketentuanNya, redha dengan apa yang ditetapkanNya.
Walaupun setelah sekian ayah aku pergi meninggalkan aku, akan tetap tiada orang boleh menggantikan kedudukan ayah aku sebagai seorang wali dan juga segala kasih sayang dan nasihat yang diberikan.
Jikalau aku diberikan satu permintaan di akhirat kelak, aku pilih ayah aku.
Pemergian ayahku bukanlah sesuatu untuk ditangisi, tetapi untuk dijadikan sebagai satu sumber kekuatan dalam diriku, untuk terus melangkah seiring dengan harapan ayahku terhadap diriku. Pengorbanannya tidak sesekali dipinta untuk dikenang, tetapi semata-mata untuk melihat diriku berjaya menegakkan Kalimatillah. Itulah harapan dan kasih sayang ikhlas seorang ayah.
Maka haruslah aku tetapkan hati, langkah dengan penuh semangat, dan berjuang sebagai seorang mukmin yang sejati. Semoga Allah merahmati dan memberkati ayahku kerana telah melahirkan seorang mukmin yang hebat berjuang di jalan Nya. Insya Allah, Al-Fatihah.
8 Comments:
Post yang membuatkan air mata menitis tatkala membaca.Semangat yang amat dikagumi.
Sememangnya lelaki adalah khalifah dan imam yang sangat hebat.ALLAHUAKHBAR!Moga arwah ditempatkan dikalangan hamba2xnya yang soleh.Doa seorang anak yg soleh sentiasa dinanti2x.Ku sentiasa mendoakan yg terbaik untukmu.insya_ALLAH,ikotlah jejak langkahnya.Jadilah seorang mukmin yg hebat berjuang di jalan Nya serta berpegang teguh pada Al-Quran dan sunnah.
As i said :
'He also always miss you. Al-Fatihah. "
tengok gamba dengan cara ayah kau settlekan bila kau kantoi rokok tu, aku fikir dia mesti sporting and buat style member2 je dengan kau dulu.
tempoh waktu yang tuhan janjikan untuk dia kat dunia dah DIA tunaikan. kita rasa sedih sebab kita masih hidup. kita masih hidup, dan kita kena teruskan hidup kita jugak. walaupun dia dah pergi, ada beberapa tanggungjawab sebagai seorang anak yang boleh diteruskan. ha, bukak balik buku pafa tyme sekolah menengah dulu.
(aku tak tau lah kalau ayah aku pergi tyme tengah belajar nie aku boleh terima ke tak. serius kuat gila hati kau wan. belajar lah kau betul2)
=)
huhuhu... touching entri ni.. suka yg awak bg 3 point tu.. setuju! walaupun sy tak brapa rapat sgt dgn ayah sbb ayah terlalu garang masa sy kecik dulu tp hati mmg tetap syg kat ayah..like entri ni!! suka!
* rainbow mouth? muntah eh? hahaha.. bg tau bg tau! xsuka makan berminyak ker?
Al-fatihah . Be strong , akir . Semoga ayah u ditempatkan dikalangan orang yang beriman Amin .
done follow blog kaw sambil jenjalan :)
wowowo, seriesly touching :'(. sebak. orang yang kita sayang pergi buat selamanya. sama macam mana aku rasa kehilangan nenek yang paling aku sayang. even dia pergi tinggalkan aku time aku darjah lima dan masih tak paham lagi erti sebenar kehidupan dan sekarang aku dah 17 tahun, aku tetap tak akan pernah lupakan dia. kaw memang HEBAT. tak semua orang mampu BERJAYA tanpa orang yang kita sayang. umpama kehilangan kedua dua SAYAP untuk terus terbang. tapi kaw :)) . ALHAMDULILLAH. kaw seorang ADAM yang kuat :). sekarang kaw dah berjaya capai apa yang kaw nak. dan kaw masih tak lupakan dia.
aku sebagai rakan blogger yang tak berapa nak penting bagi kaw sentiasa doakan kaw bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat :) . JANGAN tinggal solat dan pastikan dalam solat kaw diselitkan dengan doa untuk kedua ibu bapa kaw. :)
kbye.
*membebel macam bagus je -..-'
semoga kita semua ambil petua dari orang yang telah mengalaminya. so appreciate n cherish everytime with your father. =)
hati bagaikan hancur remuk melihat pemergian orang yang tersayang. setidak2nya kau ada bersama ayah tersayang di saat-saat terakhir. sakit yg teramat bila hanya sempat menziarahi kubur yang masih merah..
Jadi kan pemergian itu satu kekuatan baru untuk kita bergerak terus.
Walaupun tak dapat melihat buat kali terakhir sehingga saat tanah terakhir menutup muka, tp kita harus tahu yang maha kuasa itu Allah dan kita kena kekal jugak dijalanNya, sbb ada hikmah disebaliknya.
Post a Comment