Malikh Si Kaki Blogging

2:13:00 am Malaysian Cockpit 5 Comments



Blogging? Gua suka perkataan blogging. Sebab bagi gua, menulis boleh menaikkan nafsu gua. Jangan salah anggap, gua masih ade awek dan masih bersosial seperti orang lain. Gua menjadi kurang siuman dalam menulis sejak lima menjak dari zaman persekolahan lagi. Ini semua gara-gara Ahcai, member cina sekelas gua yang tip-top dalam karangan. Bila exam je Ahcai A+, bile A+ je Ahcai exam.  Ahcai sekarang menjadi buah mulut sekolah gua. 

Gua sangsi jugak, penampilan Ahcai yang kurus, selekeh dan ala-ala ‘nerd’ mengaburi penglihatan gua yang gua rasa si Ahcai ni bodek Cikgu Sapik, cikgu karangan kelas gua. Dalam masa yang sama, gua pun pernah bodek Cikgu Sapik ni tapi ilmu hitam yang digunakan cikgu ni terlalu kuat bagi gua nak lepas. RM50 dia tolak, RM 100 dia tolak, nak kasi ayam, gua kuat makan pulak. Gua buntu. gua cari kerusi nak duduk, sambil meneguk secawan kopi neskepe dan sekotak rokok, setengah jam gua fikir, gua yakin si Ahcai ni lah yang pakai ilmu hitam tu.

Keesokan harinya, gua tekad nak tahu apa rahsia si Ahcai ni. Gua rasa cemburu, lantas gua sergah si Acai kurus berkacamata hipster ni,

“ Ehh Ahcai aahh, macam mana lu boleh dapat A+ je dalam karangan? “ gertak gua dengan nada yang agak keras.

“ Oh Malikh rupenye,  takde rahsia lahh, gua dulu banyak blogging je“ ringkas jawapan Acai terhadap soalan yang gua ajukan tadi.

“ Blogging?  Ilmu hijau ke tu? “ bisik hati gua dengan penuh tanda tanya.

“ Oh blogging ke? Terima kasih acai ! “ balas gua, nak tanya tapi takut, nanti dia ingat gua bodoh tak reti cari sendiri apa maksud blogging tu.

Gua terus lari seperti mengejar bintang yang hakiki, demi mencari Rameshi, pakar computer kelas gua. Boleh juga dipanggil Haki, atas kepandaian dalam ‘hacking’ dan juga huruf terakhir namanya ‘i ’.

“ Haki ! Lu tau tak apa itu blogging? Gua nak belajar laa. “

“ Ohh itu bukan belajar maa, itu tulis sajaa. aiyoo ! “

Gua belajar buat blog dan cuba menulis sehari satu entry . Gua tulis, tulis dan tulis. Ternyata gua mendapat A+ dalam subjek karangan untuk UPSR. Bukan main gua seronok, keseronokan pun gua blog. Dengan terlalu taksubnya, semua gua nak blog, air tin, hujan lebat, tidur pukul berapa, kucing jatuh sakit, awek curang, kawan lupa belikan nasi lemak, bapak selalu kena tampar dengan mama dan banyak lagi. Senang cerita, gua tak pernah lekang dari skrin laptop gua yang baru dapat hasil straight A’s UPSR baru-baru ni. Itu pun mak gua yang bagi kalau tak gua dah lama tibai si Haki punya laptop. Punya lah addict dengan blogging ni. Sampai makan pun kadang-kadang gua lupa.

Selepas beberapa tahun kemudian, gua dah masuk alam remaja ataupun alam siswa. Gua tetap aktif dalam dunia blogging hinggakan blog gua terkenal dan dapat menjana wang yang lumayan bagi menampung makan minum di universiti. Tetapi, itu hari ada pensyarah yang agak garang yang suka marah siswa-siswi tak tentu pasal. Biasanya gua tak pernah kena marah sebab gua selalu datang awal. Tetapi pada masa tu lah, si pensyarah tu telah memarahi gua tanpa udang disebalik mi.

Dengan adanya darah muda dalam diri gua ni, gua terus blog mengenai si pensyarah tersebut.  Semuanya berbaur kebencian terhadap pensyarah tersebut. Kaw kaw punya gua kutuk dia.

Hari demi hari, pensyarah tersebut berasa hairan kenapa ramai siswa-siswi tidak menegurnya ketika bertentangan dengan dirinya dan tidak ada lagi siswa-siswi yang datang ke biliknya untuk menerima tunjuk ajar. Lantas, pensyarah tersebut membuka internet dan terus google dan secara tidak sengaja dia telah melayari blog gua. Walaupun gua tak letak nama betulnya, tetapi semua informasi tentangnya adalah betul belaka. Hatta pensyarah tersebut membuat laporan atas menyebarkan kebencian keatas diri gua.

Gua ditangkap, dan blog gua ditutup serta merta oleh pihak yang berkuasa. Semua hasil usaha gua selama ini sia-sia dan masa yang telah gua curahkan hilang begitu sahaja oleh kerana satu entry sahaja yang berbaur kebencian terhadap seseorang.



1Citizen punya pasal gua buat cerita ni. awrr.

5 Comments:

eva said...

haha klakar pun ada.. sbb tu sy xkan blogging pasal masalah kerja ataupun masalah kat skolah.. mana tau boss bc ataupun org yg ada link kat skolah.. ngeh ngeh ngeh... bahya2..

ikaa said...

hahah sebab tue sy maah pn xtulis dalm blog kan xpsal engine google cepat, mampus si dikutuk tahu,,huhuu

Nonny said...

fuyoooo jangan tulis sume bnda lah kalau cm tue..
huhuhu

ikaa said...

nk jadi no 3 boley..hahaha
firstime jenguk blog nie., terdetik di fikiran nk tanya ken mesti "BLOG PANJANG" tpi lidah kelu untuk meluahkan (cewahhh). boley tolong jelaskn whai admin MR P OR MAHER DIEN? spupu maher zain erkk ^_^

Aimacomel said...

kita kalau marah, marah-marah sayang.. ;)
kunjungan pertama kat sini,