Hilang Bahasa, Hilanglah Budaya

9:14:00 pm Malaysian Cockpit 4 Comments





Jika tidak dipelihara, sesuatu bangsa akan kehilangan banyak maklumat tentang budayanya. Lebih teruk, mereka ditinggalkan dengan warisan yang serba serbi daifnya.

Di luar Negara; Anthony Aristar, profesor linguistik Eastern Michigan University (EMU) yang merupakan pengarah bagi Institute for Language Information and Technology serta moderator LINGUIST List, pusat sumber linguistik dalam talian yang terbesar di dunia bercakap dalam sidang temuramahnya mengenai projek terbaru Google; Endangered Languages Project (ELP) “Minggu ini ianya disairkan secara langsung. Terdapat beribu-ribu bahasa berada dalam bahaya dan akan pupus, projek ini bertujuan untuk membantu memeliharanya sebanyak yang mungkin."

Projek Bahasa Terancam di www.endangeredlanguages.com menyediakan pangkalan data mengenai bahasa terancam atau kian pupus seperti Navajo dan Koro. Ia termasuk teks, audio dan video mengandungi percakapan atau nyanyian dalam bahasa terancam; Malah terdapat juga sumber bibliografi. Laman web ini boleh digunakan untuk berkongsi maklumat dan muat turun/ naik “sample”.

“Kebanyakan data telah disusun oleh ahli bidang bahasa yang telah menghabiskan bertahun lamanya di pusat pembelajaran bahasa, menemuramah orang-orang yang fasih, membina tatabahasa, kamus dan membangunkan perpustakaan teks dan video untuk sesuatu bahasa; Satu usaha dan cadangan yang agak mahal." tambahnya.

“Bahasa dianggap terancam jika ianya tidak diamalkan, disampaikan atau dipelihara. Terdapat penurunan dalam bilangan orang yang bercakap atau penutur terakhir bahasa meninggal dunia. Contohnya, Wilson (Tiny); telah meninggal dunia pada bulan Mac yang lepas dan mendiang merupakan orang terakhir yang fasih berbahasa Holikachuk, bahasa yang dituturkan oleh rakyat Athabascan (Apachean); bahasa natif Alaska. Ada dikalangan penduduk yang mampu berbahasa sepertinya, tetapi tidak begitu fasih.”..Aristar.

Menurut pakar, apabila bahasa pupus, maka pupus jugalah warisan budayanya; pengetahuan rohani, saintifik, perubatan, botani, malah lawak jenaka. Bagaimana dengan bahasa kita? Yang pasti Bahasa yang Jelas takkan hilang di dunia. “Hamba serahkan pada tuan hamba sekalian…” – Maher Dien.


Sumber: Detroit Free Press,
Project Would Save Endangered Languages
Oleh: CHRISTINA HALL
Ahad, 24 Jun 2012.

4 Comments:

y said...

aaa agree wit him.
runtuh satu bahasa, maka runtuhlah satu kaum, lenyap lah satu budaya.
think same thing is happening to our bahasa melayu. not many among us who still appreciate the classic bahasa melayu. today's bahasa melayu instead, does not really symbolize the malay's culture but rather the malay's new culture which has been adopted from many other cultures like the western as well as kpop. kan ?
*panjang lebor haa komen.hakhak*

yaya said...

eheh x abez comment nama kat atas da tekan enter. lol

@yaya
yep its true, and yet percampuran bahasa dah berleluasa dan orang semakin melupakan bahasa melayu sedangkan bahasa melayu merupakan bahasa ke 4 didunia. Jangan lupa juga pada bahasa yang jelas. :)

Unknown said...

Betul tu.. "budi bahasa budaya kita"