Bila Degree Menjadi Kepentingan

11:01:00 am Malaysian Cockpit 9 Comments

Assalamualaikum,

Rata-rata kita disini semuanya tengah ambik degree kan? Lebih senang lagi ramai yang disini yang masih belajar dengan tekunnya, ada yang cuti, ada yang exam skrg, ada yang study week, ada yang tengah enjoy, ada yang cari awek, ada yang baru nak up, ada yang insaf bertudung, ada yang baru nak cuba bukak tudung, ada yang suka berpolitik, ada yang kaki pukul, ada yang kaki pengotor, ada yang malas, ada yang rajin, ada yang ego, ada yang pengampu dan banyak lagi.

Semuanya bermula di universiti, takpun mana-mana laman persekolahan. Semua ada tujuan masing-masing bila menjejak kaki ke menara gading. Tak kira, nak cari bini ke, nak berjaya ka, itu semua diri masing-masing, anda yang tetapkan.


Batchmate aku, gambar kutip facebook je ni.

Batchmate aku yang sama-sama mengejar cita-cita macam aku. Berdegree dan juga berlesen. Degree + Lesen Flying = Professional Piloting. Bagi aku, aku just nak ambik degree dan sambung terus belajar flying. Nak dipendekkan entry ni, ada orang tanya aku hari tu.


eh jang kenapa nak ambik degree wei? 
sedangkan pilot boleh ambik lesen dan terbang terus kan ?
haah, memang mcm tu, tp aku kena ambik degree dulu la man.
awat pulok degreenye? buang masa kot. 
adala sebab-sebab dia. ehemm ~ 
buang masa? pehh kalau muka lu ada lemak, dah lama gua sepak.

tapi ada rasional jugak dalam pertanyaan dia. kenapa ? sebab degree merupakan langkah selamat selain berkarier sebagai seorang juruterbang. Jikalau lah kan, baku plak. hehe,  hurm seandainya lah kan, sinar solar ataupun, sun ray yang boleh merosakkan semua peralatan elektronik tu akan ada menjelang akhir tahun 2012 ni, aku still lagi boleh kerja dekat syarikat-syarikat lain dan mendapatkan jawatan Ingenior, atau pun Ir. 

Lagi satu, kalau aku boring nak terbang nnti, aku boleh kerja sebagai engineer dekat mana-mana syarikat nanti. Selain digroundedkan, better aku cari masa tuk mendapatkan title Ingenior tuh. Dimana Ir. ni merupakan satu title yang dicapai apabila seseorang itu mengamalkan bidang tertentu secara menyeluruh. So takdelah dungu sangat lepak sana-sini bila tak dapat fly nnti. Mengharapkan sinar di mana aku boleh fly balik. nokharooom la..

Biasanya pilot yang grounded  (medically), secara medical lah kan aku bagi contoh, kaki patah ke, cacat ke, crash pastu putus kaki ke, tangan tak kuat nak pegang control wheel ke, kaki cikendon ke, semua tu akan diberi lesen insuran atau pun pampasan lah senang cerita. Rata-rata dalam RM 1,300,000.00 (ikut syarikat) . Sebagai ganti rugi terhadap lesen yang dah tak boleh pakai tu. Tapi kan, kalau grounded biasa je, takdelah smpai macam tu kan ?

So paham-paham lah, disini lah titik dimana degree itu penting. Bukan bidang aeronautik maupun aerospace sahaja, tetapi tak kira lah dalam bidang mana-mana pun yang anda semua ambil, anda masih boleh lagi menjadikan pekerjaan juruterbang itu sebagai karier anda !

Bagi yang baru nak menceburi dalam bidang penerbangan ni boleh la ke entry ni kalau nak tahu macam mana nak jadi seorang juruterbang. [SINI].

Don't ever stop when you are tired, stop when you are done !


Assalamualaikum.

9 Comments:

eva said...

wahh degree bagai.. bgs2.. lagi nampak prof.. bukan senang bawa kapal terbang dgn penumpang yg byk.. hoho.. salute kerja pilot nih..

haaa nak tanya sbb slalu sgt dgr dr dulu.. betul ker kalau org yg pakai cermin mata tak layak jadi pilot??

dulu minat nak jadi tp mabok.. xleh tahan dlm flight

eh takdelah. org yg bercermin mata pun boleh bawak, tengok pd kadar power. kalau tinggi sangat tak boleh, linkungan 20/40 atau pun lebih. tapi kalau rabun dekat memang susah. klau nak masuk kata je pkai specs. ok la nnti dia tu.

haha rezeki masing-masing kan?

eVa said...

ahhahaah kalau rabun dekat lagi lah.. ha ah betul2 rezeki masing2.. yang best nyer pilot ni slalu merantau.. best!


erm.. bukan kah viber tu hanya utk android dgn iphone jer kan.. rasanya BB xder kot.. alaa power bank tu blh charge hp.. kira portable lah benda ni.. takyah nak berwayar nak cari suis.. hehe

rantau pun dalam malaysia jelah. haha

ohh yeke, igt dh boleh call dah. haah bagus gak power bank tu, sbb battery bb ni memang cepat habis.

Mr.Superman said...

semoga tercapai jd pilot lepas hbs deg k.


-maskman x cun,tp hensem-

Artikah said...

dah terlambat dengan usia.. hahaha.

Unknown said...

I'm so interested with your blog . I always enter your blog everyday. But , I have some question . would you like to answer my question ? I' already sixteen now . But , I don't take chemistry and pyshic subject. in that case , can i achieve my dream to be a pilot ? I'm so glad to hear answer from you :)

SPM is just a ticket for you to shift to the next level. Be a high risk taker, and don't forget tawakkal. Besides, one of my friends with just 4As spm and still can be an AirAsia pilot (still in training though). But, jangan cincai je spm nanti. haha , If you really want to be a pilot, then strive for it. Plus, you dont need to be an airline pilot to be with the clouds, there are so many options.

athirawrrr said...

Mohon pencerahan.I don't get it. Andai katalah grounded and license dah tak valid, kena buat semula lesen ke macam mana? And insurans dia akan cover kalau kita crash on the road ke on the flight sahaja.