Mati ditelan diri

2:19:00 am Malaysian Cockpit 3 Comments

Assalamualaikum, kadang-kadang kita terasa disisih oleh kawan-kawan, di hina oleh kawan-kawan, di tekan oleh ibu bapa, tetapi itu semua terpulang kepada diri sendiri yang menerima. Minat dan cinta akan sesuatu tidak akan luput dan pupus oleh sebab pengaruh-pengaruh luar. Mungkin dunia penerbangan kita dan cita-cita menjadi seorang juruterbang lenyap begitu sahaja apabila orang tua enggan membantu kita untuk mendapatkan lesen juruterbang. Adakah itu pengakhiran satu minat yang telah tertanam sejak kecil dahulu?

Andainya jika diberikan wang sebanyak sejuta ringgit, adakah kita akan melabur demi masa hadapan? Tidak! Jangan lupa asal-usul tujuan kita menjadi seorang juruterbang. Mungkin melabur memberikan wang yang lebih, adakah wang itu sangat berharga atau tujuan kita sejak kecil itu lebih berharga? Cerita pengangguran kadet pilot pada tahun 2013 tidak mematahkan semangat kita untuk menjadi seorang juruterbang. Persoalannya, nak ke tak nak?

Usaha tangga kejayaan, tanpa usaha kita mungkin tidak kemana, setiap hari bermain simulator kapal terbang, bermain War Thunder, mungkin teori mengenai kapal terbang kita mahir, dengan aerodynamics, thermofluid, dan yang lain-lain lagi. Adakah ia akan menjamin masa depan kita? Hanya 80% sahaja ilmu yang digunakan, yang lain cuma kemahiran sosial. Intake AirAsia yang dahulu, semua stage lepas, tetapi final stage yang berkait dengan kemahiran sosial kita tidak lepas. Dimanakah kesilapan kita? Satu peluang yang amat besar dilepaskan begitu sahaja.

Namun, tahun 2014 merupakan tahun yang baru, tahun dimana industri-industri penerbangan bangun menjarah semula ekonomi yang tertinggal dahulu. Syarikat-syarikat besar seperti MAS telahpun menambah jumlah kapal terbang mereka. Kalau kapal terbang ditambah, tentulah juruterbang menambah!amboi teghuk BM aku. =.=

AirAsia sekarang menekankan penggunaan lesen MPL dan peratus dimana pembukaan untuk kadet pilot baru amat lah tinggi untuk tahun ni. Malindo aku taktau plak, sebab takde kawan kat situ. Tapi based on common sense lah kan, malindo aku rasa dia akan ambik orang yang ada hours yang banyak sebab syarikat baru kan, takkan lah diorang nak ambik masa untuk train cadet baru. Wallahua'lam.

Goodluck!

Highest form of selfie!

3 Comments:

BAITIyusuf said...

Assalamualaikum. Ni cerita pasal diri sendiri ke apa? Hahaha...

Wslm, only some of it, yg lain kepayahan org lain. Its hard to be a pilot if youre not wealthy enough, just gotta look for opportunities

BAITIyusuf said...

Hmm, good luck anyway :) Hopefully you can be a pilot one better day.