Celaka sangat ke riba ni?

12:52:00 am Malaysian Cockpit 0 Comments


Kadang-kadang kita tak perasan yang kita hutang kepada seseorang mahupun bank. Lepas saja kita melangkah ke alam universiti, kita dah mula berhutang, contoh kepada ptptipu. Sudah pasti 5 tahun anda telah diambil oleh ptptipu hanya untuk membayar hutang. Tambahan, kita sering meminjam sana sini. Itu takpe, pinjam memang diharuskan kepada mereka yang memerlukan.
Firman Allah, “Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesusahan, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan sedekahkah (halalkan sebahagian atau semua), itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.” (al-Baqarah: 280)
Jelas, pihak-pihak bank tidak mengamalkan apa yang harus diamalkan sebagai seorang manusia. Kadang-kadang 1%, 3%, 8%. Jumlah peratus tidak membezakan apa-apa pun, kalau dah nama riba, riba jugak. ye dak? Akhir-akhir sekali kita akan jadi hamba hutang ataupun debt slave. Hidup hanya penuh dengan hutang dan riba yang sangat tinggi. Habis tu, sampai bila nak lepas semua ni? Tapi bukan debt slave yang aku nak tulis sebenarnya.

"Kalau bank riba boleh, kita mana boleh"
"Bank punya bunga tu lain, kalau dah takde bunga macam mana diorang nak dapat untung?"
"Eh bank islam tu bukan riba, itu bank islam, of course lah bukan riba"

Eh come on lah! Riba tetap riba, tipu tetap tipu, bunuh tetap bunuh, terbang tetap terbang. eh? Tapi kalau nak dibahaskan tentang riba ni, sejak dari dulu lagi pasti ada orang yang akan bantah, sokong, bergaduh, takpun buat bodoh je tunggu satu negara yang betul-betul tulus dalam segala hukum seperti Rasulullah dahulu.
“Janganlah engkau membungakan kepada saudaramu, baik uang maupun bahan makanan, atau apapun yang dapat dibungakan."

Tudia, zaman sekarang ini bunga yang asalnya haram itu macam mana pun akan tetap berusaha untuk dihalalkan. Banyak cara bagi pihak mereka untuk menghalalkan riba ni :-

  1. Eufemisme; ubah nama riba menjadi lebih halus seperti "interest", "bunga" dan istilah-istilah seakan-akan halal digunakan bagi mempengaruhi masyarakat.
  2. Memasukkan faktor bunga ke dalam berbagai analisis ekonomi.
  3. Bunga dijadikan sebagai asas mengawal ekonomi. "To control the economy, control the interest rate"
  4. Interest ni dianggap sebagai jasa bank bagi pinjam kat engkau.
Secara mudahnya, mereka berusaha membuat bunga sebagai sesuatu yang wajar dan sama seperti jual-beli. Padahal bunga yang dari dulu haram yang tak boleh dihalalkan meskipun dengan berbagai cara maupun analisis. Macam kambing ahh, macam mana kau letak Loleal ke, goatsby ke, eyeliner ke, tetap dia kambing jugak bro, takdenye kau bersolek kambing tu tetiba jadi lee min ho.


Nak dikatakan riba itu sebagai upah untuk bank sebab memberi pinjaman? Ehh kalau dah upah, sebenarnya seikhlas hati kita nak bagi dia berapa, bukannya bank ataupun orang yang beri pinjam tu yang menetapkan bayaran interest tu. Lagipun, contoh dah namanya bank Islam ke, kalau dah bagi pinjaman, bayaran balik melampau-lampau tinggi, pinjam seribu, bayar 4 ribu. Ehh itu dah memudaratkan orang yang meminjam tu. Orang Islam memudaratkan orang Islam yang lain, alaa zaman sekarang ni orang tak mementingkan dosa mahupun pahala. "You got money, you got everything" . F that!
“Dan sesuatu riba (kelebihan) yang kamu berikan agar ia menambah kelebihan pada harta manusia, maka riba itu tidak menambah di sisi Allah...” Al-Rum: 39
Otak seposen aku malam-malam ni. Selamat malam!
Assalamualaikum.

0 Comments: