Cara Menghilangkan Sifat Malas
Der, kau tau macam mana nak hilang rasa malas time nak study or nak buat entry baru tuk memikat para stalker di blog kau? Pertanyaan ini selalu keluar dari kepala petak berambut ala ala berad pit aku ini dan telah memaksa aku kembali menulis satu entry di Blog Panjang ini.
haih~ exam nak dekat ni ! sebengap mana aku pun, aku ada jugak niat nak dapat 4 leper tuh , terpaksa la aku bagi tips-tips 10sen aku bagi menghilangkan rasa malas time study nih.
Jangan MALAS baca entry ni ! ffffuuuuuuuuu~
Yup, aku akan bagitau cara-cara menghilangkan rasa malas dan cara aku ni mungkin kau boleh pakai untuk semua bende kau buat, termasuk malas nak kerja, malas nak belajar, malas nak riadah, malas bernafsu, malas nak text bf/gf, malas nak fap ke. ok dah jauh aku pegi. tapi kalau korang nak tahu asal macam malas je nak bercinta bagai, sorry aku bukan doctor cinta ataupun kaki perempuan. sorrrryy sikitttt !
Ok lah, straight to the point, aku pun dh malas nak tambah pe kejadah nye lagi. basically la kan, rasa malas ni kau sendiri akan solve, tapi memandangkan kau ni dah bengap sangat sampai kau takleh nak motivasi diri sendiri, dengan malasnye aku kena buat jugak tips ni untuk kau. ok, terdapat berbelasratusribujuta cara kau nak hilangkan rasa malas ni, antaranya ialah " mencari nikmat dan menghindari sengsara ". ni lebih kurang la dengan " susah dulu senang kemudian ",
contoh #1: kau nak couple, tapi bile depan dia, kau diam macam batu. last-last terkencing .
contoh #2: kau nak menang acara larian, tapi kau guna 75% energy, confirm tak menang.
hmm bolehh laaa contoh ni..
cube kau renungkan, kau nak 4.00 dan kau taknak 3.75 kebawah. ape cer ? ni lah nikmat dan sengsara kau. MALAS !
Walaupun ada dua pepatah, tapi kata-kata macam ni aku tak pernah nak memotivasikan diri aku sendiri sehingga lah saat-saat akhir nak exam tu baru la aku cube motivasi balik. apa mau buat, biasa la lelaki kan. Macam mana pun aku try jugak curahkan idea2 ini dalam Blog Panjang kau lebih rajin dari diri kau yang sebelum ni.
Dari kata-kata motivasi yang disusun menjadi satu ayat yang bombastik tu akan membuatkan kau akan berfikir lantas tercetus satu detik yang kau nak berjaya dan tak nak malas lagi :
#1 Kau cube la fikir yang bahawa hari ini adalah hari yang terbaik untuk melakukan something-something. Fikirlah bahawa esok kau akan meninggal dunia, dan tidak ada waktu lagi untuk kau buat ape yang kau nak. (amboi sampai meninggal dunia. haha...)
#2 Ingatlah orang-orang yang kau sayang, mak bapak kau, pasangan kau, ataupun kawan2 kau. Cube buktikan yang kau boleh ! Jangan kau malas sampai kau nak kencing pun suruh orang tolong kencingkan tuk kau. Ingat pesanan ibu bapa dan harapan diorang.
Mungkin la kan, kau akan dapat pahala setiap yang kau lakukan. yang positive je ah, tak kan la kau cot pun nak mengharapkan dapat pahala.
Ok, sekarang kau perlukan " keyakinan " dalam kau buat ape2 pun. yakin lah pada kebolehan diri kau sendiri yang kau boleh capai cita-cita kau. bukan senang nak gapai cita-cita ni. (aku nak jadi pilot, ngeh ngeh...) Yakinkanlah bahwa setiap yang kau lakukan tu merupakan salah satu jalan untuk beribadah kepada Sang Pengatur. Kalau aku, confirm ah selalu mengharap redha dari Allah SWT. seriously aku macam tu. :)
Setiap kesulitan ada kemudahan. Ini juga Allah SWT berfirman dalam surah Al-Insyirah. Percaya la kat aku pasal yang ni juga penting. cube kau terapkan ayat ni bagi menghilangkan rasa malas bontot kau nak bangun tuk pegang buku Engineering Mathematics dan study. Aku tau, aku pun malas jugak. hehe tambah-tambah lagi finals nak dekat dan assignment yang macam gunung everest tu tak habis lagi kau daki. Lagi satu cuba kau tampal kertas besar2 kat dinding yang kau selalu tengok tiap-tiap hari kau duduk, tidur, lepas mandi. tulis besar2 " AKU NAK DAPAT 4.00, STUDY LA WOI ! "
Cara-cara macam ni sangat penting dan menolong hidup aku selama ni, tapi takdapat jugak 4.00 tu, tapi atleast la kan, atleast la kau dh buang rasa malas tu, cuma kau tak bijak je dalam nak menjawab soalan tu, tambah-tambah kecuaian kau. ok dah, aku dah malas nak tulis panjang-panjang ni. tu pun aku tulis sebab pengalaman hidup aku yang penuh dengan kemalasan. Aku harap kau sedar telah ape yang kau lakukan selama ni, adakah kau rajin atau malas ?
Muke kau time kau check jawapan belakang lain dengan yang kau buat !
idea gambar : asyfaro
2 Comments:
haha..pnjg bt0l brcel0teh..
tp hah dgn rajinnyerr lai bce semuanyerr..bgus2,tme ksh share..hee :)
haha :) jangan malas sudeh.
Post a Comment